Amaran!!sila buang gigi bongsu anda๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Pagi-pagi hujan dah turun...
Sebenarnya dari malam tadi hujan turun sekejap-sekejap...
Rasa 'heaven'nya bila dapat bermalasan di atas katil tanpa mengejar masa untuk ke tempat kerja.....
Amboii seminggu tak kerja kan....
Pada mulanya hanya apply cuti satu hari je untuk minggu ni khas untuk appointment di HSI...tetapi tambah lagi 2 hari sebab nak balik Muar sabtu lepas untuk hadir majlis anugerah Along pada malam Isnin yang lalu...
.

So hari ni nak cerita pengalaman yang agak mengerikan mencabut gigi.....
Gigi geraham bongsu ok....
Dua bulan tunggu untuk dapat appointment ni...iaitu dari bulan 9...


Sebenarnya saya ada dua gigi geraham bongsu...
Dua-dua di sebelah kiri....atas dan bawah..
Tetapi yang selalu memberikan masalah adalah yang bawah...
Sebabnya gusinya selalu bengkak...
So please sila buat rawatan gusi anda dengan mencuci gigi setiap 6 bulan sekali...
Itulah nasihat doktor pada saya..
Menurut kata doktor juga,sebab gigi geraham bongsu yang bawah itu sudah tak ada ruang nak tumbuh maka akarnya juga telah memasuki gigi geraham yang hadapannya....
So penyelesaiannya, kena cabut dengan terpaksa melakukan pembedahan kecil.
.
.
Pada awalnya masa nak pergi tak rasa apa-apa sangat..
Tapi bila dah sampai giliran di klinik pakar bedah mulut,(itu pun terpaksa menunggu hampir 3 jam dari pukul 8.30 daftar ,jam 11.30 barulah saya dapat berjumpa doktor)barulah rasa berdebar semacam..
Bila dah jumpa doktor, apa yang bagusnya dia siap terangkan tentang apa yang akan dilakukan kepada gigi saya hari ini..
Ini termasuklah nasihat untuk penjagaan gigi..
Saya juga diterangkan risiko selepas pembedahan itu dilakukan..
Saya akan mengalami sakit dan bengkak selama 3 hari..tetapi saya tak risau sangat sebab diberikan MC...
.
.
So let me explain kenapa sepatutnya gigi bongsu ini kita perlu cabut...
Menurut kata doktor,bagi kes saya ini..walaupun kedua-dua gigi geraham bongsu saya ini tumbuh di sebelah kiri, tetapi kerana ianya tumbuh tak sekata yang mana sebelah atas ianya dah tumbuh senget ke tepi, so ianya tidak dapat menjalankan fungsi untuk mengunyah bersama-sama gigi geraham bongsu yang bawah..
Tambahan lagi ianya sukar untuk dibersihkan..
So bila susah nak dibersihkan makanya akan lekatlah kotoran sisa makanan kat gigi itu dan akan menyebabkan ianya rosak...
Macam gigi atas saya dah mula berlubang..
So doktor suggest agar saya cabut juga gigi geraham bongsu yang atas...
tapi saya tanya juga kepada doktor adakah ianya akan mengambil masa yang lama macam yang bawah, tidak katanya sebab geraham bongsu atas saya itu dah tumbuh sepenuhnya dan ianya hanya dicabut tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan lagi...
.
.
Satu jam 15 minit proses mencabut kedua-dua gigi berjalan..
Kesakitannya betul-betul dirasai sewaktu diberikan ubat bius dan ketika nak mencabut gigi yang bawah...
Terasa kepayahan doktor tu nak cabut gigi saya ni...
Berkali-kali juga saya terdengar dia menggunakan alat yang macam gerudi tu kat gigi saya..
Ohh lupa saya nak bagitahu...
Sepanjang proses mencabut gigi tu seluruh muka dan badan saya ditutup..hanya bahagian mulut saja yang tak...
Yelah kalau tak camana nak cabut gigi kan...hehehe..
Memang saya tak nampak apa-apa hanya dengar saja apa yang doktor tu cakap dengan pembantunya...
Bagus juga sebenarnya untuk mengurangkan ketakutan kita apabila terpandangkan peralatan yang akan digunakan....
Ya Allah..tuhan sahaja yang tahu...
So please jagalah gigi anda sebaik mungkin dan hargainya sebelum terlambat...
Jangan jadi seperti saya...
Huwaa.....nak menangis pun dah tak boleh keluar air mata...
Kesakitan yang paling ketara apabila dah selesai dan ketika ubat bius sudah hilang kesannya...
Satu malam masih terasa kesakitannya berdenyut-denyut...
walaupun diberikan ubat tahan sakit yang seperti tidak memberikan apa-apa kesan..
Masuk hari kedua pipi dah mula membengkak...
Dan mujurlah hari ketiga bengkak dah surut sedikit...
.
.
Walaupun saya dah dengar pengalaman dan kesan mencabut gigi bongsu ini daripada seorang kawan sebelum ini..
Tetapi saya tetap teruskan juga kerana saya tidak sanggup nak menanggung kesakitan yang berpanjangan walaupun ianya datang secara 'on' 'off'...
.
So itulah sedikit perkongsian dari saya tentang pengalaman mencabut gigi geraham bongsu...
Kena tunggu 6hb ni pula untuk ke hospital semula bagi membuka jahitannya...
So bertabahlah berpantang makan selama 1 minggu..


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!