Bertemu dan berpisah kembali...

Lamanya rasa tak taip entry baru...
Hehehe...amboii..ayat kan ..
Tapi hari ni nak share tentang kegembiraan seorang rakan yang akhirnya niat dia untuk bertukar ke tempat kerja untuk tinggal dekat dengan suami tercapai....
Gembira sungguh dia...saya pun tumpang sekaki...
Yelah bayangkan baru-baru ni kereta dia buat hal,mengeluh dia sebab susahnya rasa sebab husband duduk jauh...
Jadi terpaksa nak uruskan hal kereta tu sendiri...
So bila dapat berita tentang permohonan pertukarannya telah diluluskan,makanya memang dia tak sabar-sabar lagilah...
Saya pula terasa sedikit kehilangan..
Tapi memang saya dah ingatkan diri saya yang memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Pernah bekerja dahulu satu tempat dengan dia semasa tahun 2005, hampir setahun kemudian dia berpindah...tapi akhirnya kami bekerja bersama kembali pada tahun ni..itu pun tak sampai setahun dia dah nak berpindah...
Apapun semoga segalanya dipermudahkan untuk dia selepas ini bila duduk berdekatan dengan suami...
Kenangan bersama tak akan luput diingatan..
Sempat keluar makan tanda perpisahan dengan dia tadi...
Walaupun minggu depan adalah minggu terakhir dia bekerja bersama saya,tapi risau saya tak ada kesempatan masa pula pada minggu hadapan...
Selamat bertugas di tempat baru "Lina"...





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!