Swiss Garden Residence and Hotel Malacca..

Selamat petang uoolls..
and happy good day...
hehehe...
so hari ini ada sedikit perkongsian tentang lawatan dan kami stay at Swiss Residence Malacca...
sabtu lepas adalah hari lawatan sekolah tabika kakak...
memang kali ini agak excited nak pergi sebab lawatan dibuat luar dari Negeri Johor...
ke mana lagi kalau bukan ke Melaka....
padahal 9 tahun duduk Muar tu nak pegi Melaka punyalah dekat...
sejam lebih kurang sebab Muar dah sempadan dengan Melaka...
sebulan atau dua bulan sekali memang kami akan ke Melaka...bawa anak-anak...
samada jalan-jalan or window shopping...
lagi-lagi kalau duduk di Bukit Gambir tempat aku tu...
line tefon kat sana pun bermula dengan 06...
kalau ikutkan Johor 07 kan...
thats why kan saya dah cakap memang dekat tempat kami dengan Melaka...
.
.
so dijadikan cerita memang saya merancang untuk stay 1 night kat mana-mana tempat yang berdekatanlah..
cari punya cari kat booking.com terjumpalah hotel yang available waktu 15hb dan 16hb tu...
mula-mula ingat macam nak stay dekat Mahkota Hotel...tapi terpandangkan Swiss Garden punya pool seperti theme park kecil, makanya saya decide pilih Swiss Garden....


ok ni view keseluruhan kawasan...

.
.
memang awesome....gymnasium dia dekat atas air...
kami yang mandi manda kat pool tu boleh tengok orang yang sedang exercise kat gym tu...



nampka kan gym tu...


kat sinilah yang jadi tarikan untuk saya pilih tempat ni..of courselah untuk 2 orang anak saya tu, kakak and adik...



sempat mandi sekali pada pagi sebelum check out tu sebab memang dia orang sangat suka tempat macam ni..cuma pagi tu air dia memang sejuk dan mungkin juga sebab cuaca mendung dan angin yang sesekali bertiup agak kuat....adik memang tak berani untuk mandi sendiri walau diajak oleh kakak..dia pun sekejap je dah menggigil kesejukan...
.
.
oklah sebenarnya saya tak tahu rupanya Swiss Garden ni terbahagi kepada dua...
residence and hotel....
so yang saya booking tu adalah residence....
1 night for RM 188...plus breakfast for 2 person....RM 50..
jadinya saya booking untuk 3 bilik...2 katil super single untuk setiap bilik..
cuba tengok betul-betul nama dia kan...Swiss Garden Residence and Hotel...
so inilah yang menjadi punca confuse nya banyak pelanggan seperti saya...
semuanya bermula dengan lif....hahahaha..
naik lif sampai kena tunggu 10 minit seperti sesetengah orang merungut...
lifnya ada 4...itu untuk ke residence and hotel pun begitu juga...
untuk ke car park kena lif lain...bayangkan kena naik 2 lif berbeza dan kalau orang yang tak tahu memang pening kepala....dan sangat menyusahkan...
macam yang terjadi kepada saya dan adik saya..
.
.
malamnya jam 8.00 malam lebih kurang saya dan adik decide untuk turun ke shopping Mall di ground florr to 3th floor...


inilah shopping mall saya cakap tu...
memang ada pancutan air yang cantik pada waktu malamnya disebelah hadapannya...


ok..kami stay di tingkat 14...
keseluruhan ada 47 tingkat ek...
dia siap ada penginapan di sky tower ok...



macamanalah gamaknya kan yang stay kat sky tower tu...
malamnya tu memang angin bertiup kuat sangat...sampai saya pun terdengar bunyi angin tu dari dalam bilik...

.
.
ok sambung cerita tentang lif tu...
selepas kami berjalan-jalan dekat shopping mall tu kami pun decide nak balik bilik...
punyalah confident...naik lif yang sama masa turun tadi...
sampai je kat tingkat 14 (dalam lif tak ada nombor 14 ek, yang ada 13A..so tulah tingkat 14...and nak naik lif or keluar ke mana-mana sila pastikan anda bawa kad anda sebab semasa naik lif kad anda perlu di touch kat lif and then baru boleh tekan tingkat mana kita nak pergi..) ni adalah pengalaman pertama saya stay dekat hotel seperti ni...mungkin untuk menjaga privacy dan keselamatan...
sampai tingkat 14 keluar sahaja lif saya dan adik terkejut sebab nombor bilik kami tiada dekat dinding hotel tu..kami stay kat bilik 14003,14004 dan 14008....
tapi yang tertera tu dari nombor 140011-140021(side sebelah kanan dan 140022-140026 (side sebelah kiri)...
memang gabra juga tapi kurang sikit...
so kami decide turun balik pergi lobby and try naik lif sebelah...
unfortunately...masih lagi keluar di tingkat yang sama, bukan nombor bilik yang kami stay...
dua kali turun naik lif, rasa tak sedap hati...saya decide tanya pada staff kat lobby..
and then barulah dia explain....
"Puan, salah naik lif..puan kena naik lif untuk residence, yang sebelah sini lif untuk hotel"
hahaha..barulah saya tahu saya stay kat bahagian  residence..confident je ingat kat hotel....
.
so nasihat saya kepada sesiapa yang first time nak stay kat sini rajin-rajinlah tengok sign yang tertera kat mana-mana sebagai penunjuk arah....
.
.
memang puas hati stay dekat sini sebenarnya kalau tiada masalah atau isu tentang lif ni....
breakfast dia pun sangat sedap, bayangkan anak saya Syirah boleh makan nasi lemak kosong sahaja...tak nak langsung sambal....
sebab dia kalau makan nasi lemak memang nak letak sambal sikit...
kacang, bilis, timun tu memang dia langsung tak makan....



inilah bilik yang kami stay.....



tandas yang agak besar..cuma tak sedapnya nak buka pintu toilet tu dia berbunyi sikit dan agak susah...
antara kemudahan dalam bilik...
.
tv..
aircond..
(please jangan bula sliding door kat balcony sebab secara automatiknya aircond anda akan switch off, bukan sebab rosak ok..hehehe)
iron..
iron board..
safety box..
hair dryer...
kettle...
telefon..
wifi...
stove gas...(like what ekk..kalau macam kita nak panaskan makanan laa)
freezer...
.
.

kalau dekat mall tu macam-macam lah ada...
tapi tak semualah..
ada juga tempat untuk bawa anak-anak like toy museum and shore oceanarium...
.

so nilah pengalaman yang saya nak kongsikan sepanjang berada di Swiss Garden Residence Melaka...

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!