"Pengalaman Shopping Online di Fabulous Mom"

semenjak dah suka shopping online ni...asyik nak shopping jer kan....
and last saya shopping online adalah dalam 2 minggu lepas....
tetapi kali ini memang perkhidmatan yang diberikan agak kurang memuaskan...
ni lah pengalaman pertama saya berhadapan dengan servis yang agak lembap ni....
bukan apa...saya pernah pergi ke kedai ni yang terletak di Taman Sutera Utama Skudai, JB...
dan saya tahu kedai ni ada beberapa lagi branch di area KL dan Selangor...
cuma walaupun saya berkesempatan ke kedai ni baru-baru ni semasa pergi melawat adik ipar saya yang baru melahirkan tetapi nasib tidak menyebelahi saya kerana bila saya sampai jam lebih kurang 8 malam lebih sikit, kedai tu dah tutup....opening hour dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari...
itu yang membuatkan saya mengambil keputusan membeli secara online....
tetapi apa yang sangat mendukacitakan...servis yang diberikan sangat lambat...
pagi Isnin saya transfer duit ke akaun mereka....saya hantar bukti pembayaran melalui emel.....
tetapi saya hanya mendapat response balik (iaitu emel saya berbalas pada sebelah petangnya)....
itu pun setelah saya telefon....
selepas itu masuk hari kedua,saya masih tidak mendapat sebarang emel tentang tracking no. daripada pihak berkenaan yang menyebabkan saya menghubungi lagi mereka untuk kali keduanya pada petang itu...
dan jawapan yang diberikan mereka akan cuba membuat pengeposan pada keesokan harinya dan saya akan dimaklumkan tentang tracking no. tersebut....
masuk hari ketiga....sehingga lewat petang barulah saya mendapat emel yang memaklumkan tentang tracking no. tersebut....
dan Alhamdulillah saya terima barang tersebut pada hari keempat...
walaupun nilai barangan tersebut tidaklah sebasar yang pernah saya buat pembelian sebelum ini
(paling tinggi harga belian online RM 335)...tetapi saya sudah serik laa untuk membeli online dengan pihak berkenaan..mungkin selepas ini saya akan pergi terus ke kedai tersebut kalau berhajat membuat pembelian..
so ni lah antara barang-barang yang telah saya beli.......
( ni yang last tau saya shopping online during my pregnancy)....after this tak tau la kan....kihkihkih...



botl penyimpanan stok susu..


sparepart untuk my breastpump...



lastly...nursing bra....(RM 50 for 2)

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!