MamPukah Aku Menjadi SePertiNyA....


Bulan April dan Mei adalah bulan di mana 2 orang dalam keluargaku menyambut hari kelahiran...iaitu abang dan adik perempuanku...Kadang-kadang aku terfikir mampukah aku menjadi ibu seperti ibuku yang mempunyai sifat dan naluri keibuan yang sungguh tinggi.
Besar sungguh jiwa seorang ibu yang telah melahirkan kita walaupun pada usia anak-anaknya yang semakin dewasa,serta  sudah boleh menguruskan diri sendiri tapi ibu tidak pernah melupakan setiap detik dan saat indah anak-anak bersamanya tambahan lagi dalam mengingati tarikh dia melahirkan anaknya itu....
Sewaktu aku masih kecil sehinggalah aku meningkat remaja rasanya jarang sekali emak menghadiahkan kek sempena hari lahir kami adik-beradik....aku sangat memahami mungkin pada waktu itu kami adik-beradik masih kecil dan keluarga kami tidak semewah orang lain yang boleh meraikan hari jadi setiap orang anak-anaknya..
tapi setelah kami menginjak dewasa,emak tidak pernah lupa untuk memberikan dan menyediakan kek sempena kelahiran anak-anaknya....walaupun sekiranya anak itu berada berjauhan darinya,emak tetap tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir untuk kami...
ingat lagi pada tahun lepas,sewaktu aku balik ke kampung dan kebetulan hari lahirku jatuh pada pada waku itu tapi tiada seorang pun dalam keluargaku yang ingat akannya memandangkan pada waktu itu keluarga suamiku dilanda musibah disebabkan MIL dimasukkan ke hospital,jadi aku pun tidak bercadang meraikan hari lahirku, hanya ucapan daripada suami tercinta sudah cukup bagiku.....
tapi emak yang tiba-tiba telah teringat akan tarikh tersebut sanggup membelikan kek untukku dan membawanya ke hospital sewaktu melawat MIL walaupun hari lahirku itu sudah beberapa hari berlalu....
dan baru-baru ini emak jugalah yang telah meng'sponsor' kek untuk adik dan abangku sempena hari kelahiran mereka walaupun dalam keadaan kesihatan emak yang tidak mengizinkan emak tetap ingat akan setiap detik indah kelahiran anaknya.....
                                                       kek untuk abangku


                                          kek untuk adik perempuanku.
aku sungguh terharu,betapa besarnya pengorbanan dan jiwa seorang ibu......kadang-kadang aku terfikir mampukah aku menjadi ibu seperti emakku...??
apa yang mampu ku buat hanyalah berusaha sebaik mungkin berbakti kepada ibuku walaupun ku tahu sebanyak mana pun yang seorang anak itu lakukan untuk kedua ibu bapanya tetap tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita.... 
semoga Allah melindungi emak dan sembuhkan penyakit emak,dan lindungi emak daripada sebarang gangguan manusia yang bertuhankan syaitan, yang penuh dengan perasaan hasad dengki dan iri hati....Ya Allah kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada insan itu agar tidak terus tersasar dari pegangan agama Mu...Amin..... 

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!