Birthday Planning For Our Children..

Salam semua......hopefully semua dalam keadaan baik okey......
nak dijadikan cerita bulan Jun and bulan Julai,2 orang anak mama akan menyambut birthday yang ke 11 dan 9 tahun...
so dalam kepala tengah plan nak buat sambutan yang bagaimana dan di mana...
tak larat la nak masak macam bezday hubby yang lepas...
plan mama nak buat sekali sambutan je sebab bezday mereka ni dekat je tarikhnya..
seorang hujung bulan Jun,and yang sorang lagi awal bulan Julai...
cuti sekolah pun dah hampir tiba....
nak dijadikan cerita tahun lepas kami sampai kan boleh terlupa kan bezday si abang (yang jatuh pada 30 Jun),nasib baik la si abang ni jenis yang tak berapa ingat tarikh bezday dia berbanding si kak ngah...
lagipun tahun lepas mama tengah preggy,dan kesihatan pun tidak mengizinkan..
so nak sedapkan hati dia,mama belilah KFC dan bawak balik rumah dan bagitau mama belanja KFC sempena bezday dia...
so, this year...plan cuti sekolah ajak diaorang pergi wetworld (sebab anak-anak ni memang suka mandi manda) and sambut bezday si abang and kak angah ni sekali...(birthday in advance la kirakan..hehehe..)
si kakak tu hari tu dah sibuk cakap dengan mama dia masa bezday dia nak kek angrybird,sebab aritu pergi kedai kek dia nampak kek angrybird macam cantik jer(maklum ler sekarang ni musim angry bird kan)..
tapi ni semua kena bincang dulu dengan my hubby...
tapi sebelum tu hujung minggu ni sibuk pula nak ke majlis kahwin...
ada 3 tempat yang dalam perancangan kami....
tunggu sahaja lah ekk..
yang tak larat nak bawa si kecil tu...sebab last week bawa dia ke majlis kahwin,mungkin sebab cuaca yang panas sangat kot dan kepenatan,malam tu dia susah nak tidur dan asyik berjaga saja...kesian pula tengok kan....tapi nasib baik tak demam...
oklah uols...
tunggu la mama update cter terbaru tau...


post ni dah dua tiga hari tertangguh....
and now baru boleh publish coz everything gone happen last week...

okeyy....
ni la gambar kami menghabiskan hujung minggu di wetworld.....batu pahat....and birthday in advance yang dirancang itu kami tak buat sebab terlalu awal rasanya...

budak kecik ni memang tak sabar nak pergi jalan...dan ni lah kegemaran dia,sangat suka pegang stereng..

Sebelum ke wetworld tu,kami telah singgah di Carefour BP untuk menjamu selera...dan tempat pilihan kami adalah "Ayam Penyet"

gambar depan hidangan untuk mama iaitu "Pece Lele" dan gambar belakang menu untuk along dan papa iaitu "Sotong Penyet"
angah dan abang makan bihun sup dan mee ayam.(gambar tak ambil sebab cam biasa yang kat kedai-kedai makan lain)

dan si baby syirah ni tukang tengok je,sebab dia belum pandai nak pilih makan pe...


mama,adik dan kak ngah

maka bermulalah aktiviti mandi manda mereka..

mama jadi photographer sebab kena jaga syirah..

ni sape yang terlebih excited nak mandi manda ni...

 hampir nak terbalik ketika dilambung ombak...hehehe...

syirah pun turut berendam...nak bagi peluang dia rasa main air...

okeylah.....tu la gambar yang dapat dikongsikan bersama-sama uols semua....hampir kol 5 kami pun bergerak balik meninggalkan wetworld...

bye..bye...sume...syirah dah nak balik ni.....(mama cakapkan bagi pihak syirah)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!