Jumaat yang lalu..Begitulah Aku Seorang Ibu

Salam semua blogger...rasanya sudah lama mama tidak menulis di blog mama ni...sejak kebelakangan ni bila balik kerja...selesai sahaja memasak...dan makan malam bersama keluarga,rutin mama ialah melayan si baby sampai dia tidur...tapi sekarang ni bila baby tidur, mama pun turut tidur sekali...camana lah berat badan tak naik,lepas makan je terus tidur....hehe..
oklah..sekarang ni musim cuti sekolah...hujung minggu lepas dah bawa anak-anak mandi manda di wetworld batu pahat....seronok lah diaorang semua...
tapi sekarang ni bila balik rumah,tinggal mama,papa,baby dan angah je...jadi kurang sikit lah keriuhan di rumah disebabkan abang dan kakak balik kampung neneknya...jadi si angah tu tak adalah kawan untuk diajak bergaduh...
bercerita pasal si abang ni...hmm memang dah kalau namanya hero..memang agak sedikit peninglah dengan karenahnya tu...
tapi kadang-kadang dia tersentuh juga bila mama dia dah marah...lepas tu mama langsung tak bercakap dengan dia....
pada jumaat yang lepas...lepas ambil anak-anak balik sekolah,sementara nak tunggu dia ke sekolah agama pada petangnya dan mama pula hari jumaat memang rehat agak lama,disebabkan malas nak balik rumah,mama pun bawalah si abang ni ikut mama sekali untuk membeli sedikit barang keperluan diri..
mula-mula nak beli seluar kecik untuk si angah yelah sebab si kakaknya dah bising si angah asyik pakai seluar keciknya....
bila nampak mama nak beli seluar kecik untuk angah,si abang pun cakap yang sebelah ni 'spender'untuk kita kan mama..memang mama pun dah niat nak belikan sekali untuk dia...
so ambil la sekali 'spender'untuk si abang....bila lalu dekat dengan bahagian seluar panjang untuk sukan,si abang pun cakap'mama ni seluar untuk senam'..mama memang tahu si abang ni seluar senamannya yang beli dekat sekolah dah hilang kat mana agakny dia letak...jadi mama pun belikanlah seluar tu sekali...
bila dah bayar,keluar dari kedai 'Tenten' tu,nak pergi ke tempat parking kereta,lalu dekat kedai kasut...memandangkan kasut sekolah si abang tu dah koyak (pada hal kasut yang dia pakai tu agak mahal dan beli di kedai kasut bata),tapi disebabkan si pemakainya tu agak lasak, so kasut tu tak sampai ke penghujung tahun, sampai habis sekolah...jadi dia pun cakap 'mama belilah kasut sekolah'..
so,mama pun pilihlah kasut yang agak murah sikit memandangkan dah pertengahan tahun ni...dan bila dah jumpa saiz untuk dia...mama pun belilah...
bila dah naik kereta,mama tengok jam masih lagi ada masa,dan si abang dah cakap lagi tadi nak ajak makan...bila dia cakap nak makan di marrybrown,mama pun terus parking di depan MB...
bila dia nak turun je dari kereta,dia siap cakap...
'kita peliklah hari ni'..
mama tanya..'kenapa'..
dia cakap..'apa kita nak semua mama buat'.....
mama pun cakap..'dah mama buat macam ni pun abang masih lagikan nak buat mama marah kan'...lepas tu dia senyum...
kadang-kadang mama sedar yang dia tahu dia dah buat salah...cuma dia tak tahu dan mungkin rasa malu atas kesalahan yang dia buat...mama pun tersentuh juga bila sempena hari ibu yang lepas,dia buat kad,lepas tu dia tulis..."mama kita minta maaf sebab buat mama marah"...bila baca je kad tu...mama tanyalah..."siapa yang tulis kad ni?"..
dia cakap.."kitalah mama"...
walaupun kad tu tak secantik mana,tapi mama terharu sebab dia berusaha juga untuk menghasilkan kad sempena hari ibu....
walaupun dapat c,dia tetap tunjuk dekat mama...ni kad yang mula-mula sekali abang bagi..

ni kad kedua yang abang buat...walaupun ejaan 'ibu' tu salah..ni muka depannya..

ini pula bahagian dalamnya...

dan lastly,muka belakang kad yang abang buat...

begitulah aku...walaupun abang bukan anak yang aku kandungkan dalam rahimku...walaupun kadangkala sikapnya itu sangat menguji kesabaranku....tapi aku sedar,dia hanyalah seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan daripada kami mama dan papanya untuk menjadi seorang anak yang berguna dan berjaya apabila dewasa nanti...walau ape pun kesalahannya,dia tetap anak kami..
Sekian saja untuk kali ini...

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!