KuatkanLah Dirimu Duhai HaTiku.......

Walaupun Malam Kian Larut
Tapi Jam di dinding masih terlalu Bergerak Perlahan
Dingin malam tidak kan sama
Dengan Sedingin hatiku
Betapa Sayu dan Sedih Melihat Insan itu
Begitu Seronok Melayan Karenah Sikecil itu...
Tanpa dia sedar Ada hati yang tersentuh dengan gelagatnya itu...
Ku tahu dan sedar...
Kasih sayang seorang ibu dan ayah pada anaknya
tetap tidak kan sama dengan kasih sayang
terhadap orang lain
yang mungkin pada zahirnya
mempunyai hubungan dengan anaknya itu...
aku sedar mungkin aku bukanlah insan sempurna
yang mampu melahirkan anak secomel seperti itu...
tapi aku bersyukur biarpun begitu kelahiranmu anakku
dapat menggembirakan hati ini..
walaupun nyawa bagai dihujung tanduk..
demi melahirkanmu...
biarpun sewaktu mengandungkanmu
pelbagai emosi yang harus ditanggung.....
mungkin inilah harga yang terpaksa dibayar olehku
demi mengecap sebuah kebahagiaan..
Ingatlah duhai anakku
biarpun dirimu tidak secomel insan itu...
biarpun mungkin dirimu tidak secantik orang lain bila dewasa kelak..
tapi ingatlah pesanku ini...
jadilah kamu insan yang kuat hatinya..
.bukan lemah sepertiku...
anak yang solehah,
anak yang bijak serta berjaya di dunia dan akhirat..
kerana kecantikan luaran tetap tidak kan sama
dengan keluhuran dan kecantikan dalaman...
dan jadikanlah dirimu insan
yang sentiasa menggembirakan hati mama...
seperti maksud namamu itu..cahaya kebahgaiaan dan kegembiraan 
kerana mama ingin hidup bahagia
dan ceria seindah suria pagi...
dan sehingga ke hujung nyawa......
inilah doa mama untukmu duhai anakku.....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!