iBu EnGKAULah RaTU HatIkU...

Bulan Mei adalah bulan yang paling banyak diraikan hari yang penuh bermakna... hari pekerja (1 Mei),hari wesak (5 Mei),hari ibu (minggu kedua dalam bulan Mei),hari jururawat sedunia,dan hari guru (16 Mei)...dan yang lain-lain aku tak tahu...kalau ada yang tahu sila lah tambah ekk..
Sebelum ini semasa kecil aku tidak pernah langsung ambil tahu tentang pentingnya hari-hari berkenaan.. sehinggalah aku meningkat remaja dan menginjak dewasa...barulah aku sedar betapa penting dan penuh bermaknanya hari berkenaan...terutama sekali hari ibu....
Seingat aku ucapan sempena hari ibu yang aku ucapan kepada emak rasanya baru bermula beberapa tahun yang lalu... rasa sebak sangat dan tidak terkata apa saat aku menelefon emak untuk mengucapkan Selamat hari ibu...
dan saat itu baru ku sedar, bukan hari itu sahaja yang sepatutnya kita meraikan hari ibu tetapi seharusnya ia diraikan hari-hari bagi mengingati besarnya pengorbanan seorang ibu dalam mendidik,membesarkan dan memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.. dan sehinggalah hari ini bila aku telah pun bergelar ibu,aku turut merasa bahang dan kemeriahannya dalam menyambut hari ibu....
tapi benarlah semasa kita masih bersekolah dahulu, kita lebih mengetahui dan menghargai tentang hari guru kerana di sekolah setiap tahun memang akan diadakan pelbagai sambutan bagi meraikan hari guru... kadang-kadang rasa geram juga pada anak-anakku yang bersekolah apabila tibanya hari guru,masing-masing sibuk untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing tetapi bila tiba hari ibu atau hari bapa,mereka langsung tidak ingat...hehe...tapi memang pun kita pun dulu macam tu kan...
tapi rasanya memang sepatutnya anak-anak di sekolah meraikan hari guru bagi mengenang jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan yang berjaya....
sambung cerita balik pasal hari ibu....
antara pengalamanku sepanjang menyambut hari ibu ialah peristiwa yang membuatkan aku cukup sebak bila dua tahun yang lalu,anakku si abang telah pun membelikan kad untukku dan ditulis oleh kakaknya walaupun ucapannya itu tidaklah panjang tetapi cukup memberikan makna dan menerbitkan rasa sebak di hati....
barulah ku tahu begitulah rupanya perasaan seorang ibu bila menerima ucapan daripada seorang anaknya apabila tiba hari ibu.....rasanya kad tersebut ada lagi dalam simpananku...
untuk emak....Zaleha bt Asri dan ibu mertuaku, Manisah bt Munandai.... SELAMAT HARI iBU...terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan kami adik beradik.....dan semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik....dan emak sentiasa berada di bawah lindungan Nya...AMIN

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!