Vaksin Oh Vaksin

 Haisemua..

.

Hari ini ada semangat nak update blog disebabkan baru lepas makan dan ada idea datang. So marilah kita cerita tentang vaksin.

.

Sebelum ini saya memang tertunggu juga untuk menerima vaksin kerana tempat kerja memang tempat berisiko untuk mendapat jangkitan kerana menerima kes tangkapan klien dari luar yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah..

.

memang agak lama juga nak dapat giliran untuk vaksin ni sebab boleh dikatakan kami adalah 'batch' yang kedua, sebab batch yang pertama pada bulan Mac. Antara sebab kenapa saya pilih untuk vaksin adalah kerana keadaan semasa yang memerlukan untuk saya divaksin...kes covid yang semakin meruncing dan mengambil masa untuk pulih juga antara sebab kenapa saya memilih vaksin.

.

selain itu, disebabkan kerajaan juga menawarkan vaksin secara percuma kepada rakyat Malaysia, so sebagai rakyat saya menyahut seruan kerajaan untuk mendapat vaksin ini sebagai perlindungan diri saya dan juga orang di sekeliling...walaupun banyak digembar gemburkan dengan cerita keburukan vaksin ini, saya malas nak ambil peduli sebab kesahihan berita itu juga masih diragukan.

.

Akhirnya saya telah pun mendapat dos pertama Pfizer pada 9 /05/2021.. dan pengalaman suntikan pertama ini seperti yang digembar gemburkan saya juga mengalami kesan yang sama....lenguh dan sengal di tangan yang disuntik..rasa itu semakin kuat bila masuk hari kedua...tetapi selepas hari ketiga rasa sengal tu sudah tiada..

.

so dos kedua pada  hari ini...30/05/2021..

.

sememangnya agak sedikit risau memikirkan tentang dos kedua ni memandangkan macam-macam cerita dengar tetapi tak ada sampai tahap kesan yang mudarat sangat...kebanyakan cakap demam..

.

cuma situasi hari ini agak berbeza dengan orang yang terlampau ramai dan terpaksa beratur di bawah bahang panas pagi..kerana orang ramai yang datang pada hari ini turut melibatkan mereka yang mendapat dos pertama....dengan saya yang datang terlewat sedikit.....

.

asalnya nak berpuasa hari ini tetapi disebabkan bahang panas dan berdiri terlalu lama, makanya saya pun berbuka..tak tahan..

nampaknya selepas dos kedua sehingga sekarang tak ada kesan sampingan yang teruk saya alami...menanti esok dengan debaran...semoga Allah permudahkan segalanya..

so kepada semua ambillah vaksin, selagi ia dibekalkan secara percuma.

.

.                                     








Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!