Selamat Hari Lahir Boyfriend

Semalam adalah 17 Mei 2021...

.

Masih ingat lagi tepat jam 4.00 pagi pada tarikh 18 Mei 2019 lahirlah seorang khalifah....

Masa ini kesakitannya hanya Allah yang tahu...sangat luar biasa hinggakan selepas melahirkan dalam labour room tu saya dah wassap husband bagi tahu cukuplah ini kali terakhir saya melahirkan....kesakitannya melebihi semasa melahirkan dua orang kakaknya ...

Bayangkan selepas Isyak saya mula merasai kontraksi, dan tak pernah rasa kontraksi itu melibatkan sakit pinggang sehingga saya tak boleh nak duduk....punyalah saya tawaf satu wad bersalin menahan kesakitan...jam 12 saya dihantar ke labour room...bayangkan hampir empat jam menahan kesakitan...itulah pengalaman pertama melahirkan anak lelaki yang hingga sekarang saya masih teringat akan kesakitan itu....masa tu teringat kata-kata seorang kawan mengatakan lahirkan anak lelaki memang lagi sakit dari anak perempuan...

.

Memang Allah dah takdirkan anak ini nak lahir sehari sebelum tarikh lahir kakak Husna...so senang kami nak sambut birhtday mereka sekali.....so semalam kami sambut sekali dengan birthday kakak Husna yang jatuh pada hari ini...kali pertama mereka sambut birthday dengan papanya selepas enam tahun kami ber'pjj'  kerana biasanya sebelum ini birthday anak-anak jatuh pada hari papa tiada bersama kami...

.

Mama doakan semoga awak jadi anak yang soleh, sopan, sabar dan bijak seperti namamu duhai anak.....

dan untuk kakak Husna juga...semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu hendakNya...aamiinn....

I love both of you So much....😍😍








Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!