Kepulihan Sepanjang Hayat

 Jarang saya share tentang pengalaman pekerjaan saya selama ini....tetapi kalau saya share mahu boleh buat satu buku gamaknya...hehehe...

.

tiba-tiba hari ini saya nak share tentang sesuatu...tentang bekas klien saya...

.

selalunya yang buat saya sangat touching bila berhubung dengan ibu klien-klien saya...yela saya juga seorang ibu, so saya tahu macamana rasa kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya..sejahat atau seburuk mana pun anaknya ibu tidak akan pernah membuang anak sendiri walaupun banyak airmata dah menitis disebabkan mereka...

.

so tergerak hati nak tanya khabar seorang klien, jadi saya pun wassap ibunya...untuk bertanyakan khabar...

apabila ibunya memberitahu tentang perkembangan anaknya, memang saya sedikit kecewa, sebab hampir 9 bulan dibebaskan klien masih tidak bekerja, dan ibunya mengatakan klien seperti sudah kembali kepada perangai lama...hanya sekejap saja ok selepas dibebaskan...

.

ibunya terus memaklumkan kepada anaknya apabila saya ada bertanyakan khabar tentangnya..

so dia pun terus wassap saya, dan memberitahu tentang keadaannya yang masih tidak bekerja..

dan seperti ada rasa malu, perbualan saya dengannya juga agak singkat kerana klien segera ingin menamatkan perbualan tersebut.

.

dan pada minggu lepas klien sendiri wassap saya dan mengkhabarkan tentang dirinya yang terlibat kemalangan pada puasa ke 3 sehingga patah tangannya...klien juga memaklumkan akan menjalani pembedahan pada minggu ini untuk memasukkan besi pada tangannya...

.

Kadang-kadang memang saya faham dan mengerti tentang proses kepulihan mereka ini sepanjang hayat...sepanjang tempoh itu mereka akan jatuh...bangun...jatuh, tetapi yang kadangkala mendatangkan rasa kecewa apabila mengenangkan harapan keluarga yang ingin melihat mereka berubah dan berfungsi sebagai anggota keluarga yang bertanggungjawab...

.

maka benarlah sesungguhnya "Hidayah itu milik Allah".....

.

Semoga urusan kehidupan awak dipermudahkan dan Allah beri hidayah untuk awak terus kekal dalam kepulihan...aamiiinn......

.

.










Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!