Itulah Saya, Kadangkala Membantu Tidak Kira Siapa

 Cerita ini ingin saya kongsikan kerana sejak berhadapan dengan situasi ini, macam2 emosi yang saya alami...

.

Tapi syukurlah akhirnya bila klien ini sudah sudah bebas, episod emosi saya yang kacau bilau itu pun mula reda....

.

Kisahnya bermula apabila sering membantu seorang klien ini dalam memudahkan urusannya, terutama berkaitan dengan keluarganya, dari mula print gambar isterinya, print gambar keluarganya, telefon keluarganya sehinggalah beberapa kali dia minta untuk dibelikan nasi lemak dan makan bersama rakannya.

.

Tetapi disebabkan klien ini sering bermain dengan emosi "touching dan sensitif" mungkin disebabkan anak bongsu gamaknya, so dia berharap semua keinginannya akan dipenuhi..termasuklah bila berurusan dengan saya.

.

beliau sangat bagus dalam melaksanakan kerjanya, cuma apabila selalu berurusan dengan saya kadang-kadang terasa berlebihan pula reaksinya...tiada rasa hormat kadangkala, dan sesuka hatinya menegur saya apabila ada kesilapan yang saya buat..itu yang membuatkan saya sedikit angin..walaupun saya cuba berlapang dada...😁

.

apa pun yang saya buat untuk membantunya adalah atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab saya sebagai pegawai pemulihan terutama apabila melibatkan hubungan kekeluargaan...

.

.

Saya doakan awak terus kekal dalam kepulihan...jadi anak yang berbakti kepada ibu dan membahagiakan keluarga...aaminn....

.



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!