Salam Syawal PKP 2021

Hai...selamat malam...apa khabar kawan-kawan semua...Ya Allah lama sungguh meninggalkan dunia blogger ni....

.

Sibuk dengan kerja.....sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu.....dan ditambah dengan kepenatan dan kemalasan juga....hehehe...

.

Malam ni last berbuka puasa....dan esok menandakan syawal akan tiba......Tahun ni nampaknya sangat berbeza sambutan syawal kerana PKP yang telah diumumkan di seluruh negara disebabkan COVID 19...

Tahun lepas juga sambutan Aidilfitri agak sayu disebabkan COVID 19 ni......cuma boleh juga rentas daerah tapi kali ini langsung tidak dibenarkan...makanya terpisahlah kami dengan tiga lagi anak-anak dara dan bujang kami yang kini berada di Muar.

.

Tahun ni juga kita digemparkan dengan serangan oleh Israel ke atas Palestin pada 26 Ramadhan yang menyebabkan saya terfikir apalah sangat dugaan tidak boleh beraya dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini...mereka bermandikan dengan peluru dan kanak-kanak serta wanita menjadi mangsa..

.

.

Semoga Kekejaman Israel yang dilakukan ke atas rakyat Palestin ini akan mendapat balasan dari Allah yang Maha Adil dan berkuasa..

.

.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelma, mohon Syawal kali ini akan memberikan kemenangan kepada seluruh umat Islam dalam menangani virus COVID 19....aaminn...

.






Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!