Tambah Se 'angka' lagi!!



Alhamdulillah semalam genaplah usia saya ke 35 tahun ini...
usia yang semakin menginjak dan bertambah seharusnya memberikan keinsafan kepada saya yang bila-bila masa sahaja saya akan pergi menghadap yang Maha Esa...
tetapi persoalannya sudah cukupkah persediaan saya untuk ke sana??
kadang-kadang rasa keinsafan timbul dalam diri di sebabkan memikirkan selama ini usia saya dihabiskan ke mana....
adakah semata-mata untuk dunia....??
dan dah berapa banyak pula bekalan saya di akhirat sana....??
semoga saya sentiasa sedar akan perkara ini...
.
.
Apapun terima kasih kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, sanak saudara bahkan sesiapa pun yang saya tidak kenali yang memberikan ucapan serta doa-doa yang baik untuk saya..
semoga Allah juga memberikan kebaikan untuk kamu semua...aaminnn...
.
.


terima kasih kepada adik saya awin kerana tak pernah lupa belikan kek hari lahir untuk kakak dia ni...



tengoklah siapa yang terlebih excited sangat ni...kakak dan adik yang sangat mama sayang..
doakan mama semoga terus kuat dan tabah untuk mendidik dan membesarkan kamu ye sayang...



and lastly tadi sambutan di pejabat, terima kasih sebab mengingatinya......sesungguhnya saya sangat sayang kamu semua walau siapa pun kamu......

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!