Terima Kasih Cikgu dan Umi..

Hai semua....
Salam pagi khamis....
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu semua orang gomen...huhu..
Hari GAJI.......
dan hari ni juga keputusan UPSR akan diumumkan.....
ramai juga anak-anak kawan yang menunggu keputusan hari ini termasuklah anak Bos saya...
cepatnya kan masa berlalu...rezeki mereka semua kahwin lebih awal dari saya dan anak dah besar....
dan saya kena tunggu lagi 6 tahun untuk melalui pengalaman seperti mereka hari ini...
semoga saya diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk melalui saat seperti hari ini......aaminn..
.
.
hari ini juga hari terakhir persekolahan....
dari semalam dah wassap kedua-dua cikgu kakak dan Husna untuk berjumpa mereka secara personal bagi menyampaikan sedikit cenderahati dari mama untuk cikgu mereka...
malangnya Cikgu kakak tak dapat hadir juga hari ini kerana suaminya menjalani rawatan di KPJ Johor Bahru....
so tak apalah sampaikan pada umi Farizah dan Umi Lia je dulu dan minta bantuan untuk serahkan pada Cikgu Nazifah...
terima kasih untuk cikgu Kakak yang banyak memberi ilmu dan didikan kepada kakak...
semoga Allah membalas segala kebaikan cikgu...
buat umi Farizah dan umi Lia juga terima kasih kerana menjadi sebahagian orang penting dalam mendidik kakak di sekolah....

.
.
gambar hari Isnin semasa majlis anugerah cemerlang...
.
.
kenangan terakhir cikgu Nazifah bersama anak-anak 6 tahun...
.
.

Cikgu Nazifah, Umi Lia dan Umi Farizah...
.
.
Suatu masa kakak akan rindu zaman ini bila kakak dah besar nanti...mama banyak simpan gambar ini untuk kakak tatap bila dah besar nanti..
.
.
.


sebenarnya tadi saya sangat sebak tidak tahu kenapa...bila berjumpa dengan Cikgu Dayang a.k.a cikgu taska Husna.. sebab ini adalah tahun terahir dia berada di sini...Ya Allah sedih sangat sebab walaupun baru setahun Husna dengan dia tetapi masa kakak Syirah masuk taska 4 tahun pun cikgu Dayang dah ada...tu yang rasa hiba sangat..
lagi-lagi masa awal tahun hari tu bila saya pertama kali hantar Husna masuk ke taska...hampir seminggu juga dia menangis tak nak ke sekolah...tetapi kemudian Alhamdulillah dia dah dapat sesuaikan diri...
banyak juga perkembangan positif kepada Husna selepas memasuki taska...dah boleh menghafal doa dan surah pendek...dah pandai mewarna tanpa comot....itu yang buat saya sebak sangat hingga mengalir air mata bila jumpa Cikgu Dayang buat kali terakhir....
Cikgu Dayang terpaksa balik ke Sabah kerana suaminya juga yang seorang tentera telah dapat bertukar ke sana...apa pun semoga Cikgu Dayang sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa cikgu dalam mendidik anak-anak kami....aaminn....
terima kasih juga kepada umi Siti dan umi Ijah sebab masakkan untuk Husna...
.
.
Gambar semasa awal tahun pakaian seragam sekolah...
.
.
                                           
Cikgu Dayang membantu semasa mama tak dapat join program ni..
.
.

macam-macam cikgu Dayang ajar Husna...
.
.
.

buat anak mama Insyirah..tahun depan adalah tahun yang mencabar untuk kakak...selamat menempuh ke alam sekolah rendah...dan semoga mama juga mampu jadi ibu yang kuat, sabar dan jadi contoh yang terbaik dalam mendidik kakak dan adik...itu yang mama harapkan...aaminn....
buat Husna doakan mama ada rezeki lebih untuk hantar adik ke sekolah Little Caliph..tahun depan kita sekolah lagi kat taska ni dengan Cikgu N..
.





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!