Bahana WeChat!!!

Hai..Salam semua..
Selamat Pagi...
Entry Pertama dalam tahun 2017....
dah tahun baru kan....
tak sempat nak wish "happy New Year"....hehehe...
.
.
Cuaca pula masih hujan dari semalam...
Ramalan kaji cuaca juga menjangkakan hujan akan berterusan sehingga hari ini...
Risau juga kerana semalam tidak balik rumah kerana tidur di pejabat...
Sana-sani orang update tentang banjir di kawasan Kota Tinggi ini...
Mudah-mudahan Allah jauhkan kami dari bencana yang buruk...
.
.
So hari ini nak kongsikan tentang sesuatu yang amat penting untuk para ibu bapa di luar sana...
terutama yang mempunyai anak-anak yang telah menggunakan aplikasi telefon pintar..android..
Ini adalah cerita berdasarkan pengalaman kami...sekeluarga memandangkan anak kami Along pun memang mempunyai handphone...even Angah dan Abang...
tapi bukan saya dan papa dia yang belikan but their Mom...
sebab minta dengan kami berdua memang kami tak akan bagi....
.
.
Ok dipendekkan cerita satu malam husband share dalam whatsup family group pasal along yang kena ugut....
Saya pun terperanjat sangat, lalu terus PM husband...
rupa-rupanya orang yang ugut itu adalah orang yang dikenali melalui Wechat...
Makanya....memang sengaja orang ini cari pasal....
.
.



So inilah antara kata-kata ugutan yang mamat ni dah buat..
.
Gara-gara post gambar kita...no bukan post tapi mungkin juga kita buat  DP kat profile wechat tu..mamat ni dah ambil gambar-gambar tu dan ugut nak buat sesuatu...
.
So nasihat saya pada Along dan semua ibu bapa di luar sana..
Nasihatkanlah anak-anak kita agar jangan di layan sesiapa pun yang tidak dikenali di wechat tu...
sebab kebanyakkannya semua menipu...
even yang dah kenal pun boleh menipu...
apatah lagi yang tak kenal...
.
. and please jangan sesuka hati post gambar kita even you suka selfie sekalipun...
sebab terlalu banyak ancaman yang berada di luar sana....
terutama sekali untuk anak-anak kita yang perempuan...
.
.
sekian sahaja perkongsian saya hari ini...
semoga cuaca hari ini bertambah baik...
aaminnn..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!