Merekalah Keluarga Saya.

Walaupun banyak dugaan dan lemparan tuduhan diberikan kepada saya dan unit saya lately ni,
teguran yang saya perlu berikan kepada staf saya tentang beberapa isu, saya perlu lakukannya dengan cukup rasional dan berhati-hati..
Iya merekalah orang yang banyak membantu saya...
walaupun seperti awalnya dahulu kehadiran saya di tempat kerja baru ini seperti tidak dialu-alukan, tetapi lately ini saya perasan tentang sedikit perubahan yang mereka sudah tunjukkan...
iya..
tiada siapa lagi yang saya boleh harapkan...
walaupun kadangkala karenah dan kenakalan serta kedegilan mereka mencabar emosi dan mental saya, tetapi merekalah yang banyak membantu saya...
saya cuba melayan mereka dengan baik, adil dan saksama....
cuma kadangkala biasalah...saya juga wanita...mudah tersentuh hati dan perasaan....
berjauhan pula dengan suami...
tiada tempat untuk meluahkan perasaan sebenarnya bila sesekali emosi diusik rasa....
meluahkan pada husband kadangkala ada juga...
susahnya nak mencari teman di sini..
sebab saya belajar dari kesilapan, jangan mudah mempercayai orang ...
sebab ada manusia yang tidak suka melihat kesenangan kita...
baiknya kita dengan orang lain.....
pasti ada sahaja punca untuk cuba menjatuhkan kita...
ya....please bare in mind...
tapi seriously 9 tahun bekerja ditempat lama, tak pernah saya menghadapi situasi begini....
di sini seolah-olahnya mereka berlumba-lumba untuk menunjukkan kelebihan masing-masing..
banyak kaki bodek dan ampu.....
sangat berlagak apabila mendapat kepercayaan bos walaupun hanya gred rendah sahaja....
bertabahlah....
dengan keadaan yang sangat worst ini...
cuma sesekali terasa kerdilnya saya untuk berhadapan dengan situasi begini..
memang sepatutnya tanggapan orang lain itu tidak perlu kita ambil pusing, tetapi apabila ianya sesekali terdengar di gegendang telinga kita ianya akan menjeruk rasa.....
iya....bercakap tentang perkara yang perlu sahaja...
hanya Dia lah tempat saya untuk mengadu....
Ya...saya mesti kuat....sesekali air mata menitis biarkanlah...tiada siapa yang tahu...





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!