Masa memanjakan diri...

Wahh tajuk entry tak ingat kan..
Hehe..tak adalah...
Sebenarnya dah lama tergerak hati nak ke pusat reflexology dekat bangunan belakang kedai baby yang selalu saya pergi beli barang anak-anak tu...
Tetapi hari ini nekad sebab lokasinya yang agak tidak tersorok tu...
Sebenarnya masa duduk kat bukit gambir dulu memang ada pusat urut macam tu, tapi bila saya cakap dengan Husband nak pergi, dia tak bagi..huhuhu..
Dia kata ingat tu pusat urut biasa ke..
Haishh..bila terdengar kawan-kawan lelaki kat Ofis dulu bercerita, barulah saya tahu kenapa husband tak bagi...ada rahsia rupanya disebaliknya..
Tetapi tadi pergi juga selepas settlekan urusan tukar minyak hitam dan minyak gear kereta..sementara tunggu kakak habis kelas mewarna jam 12.30..
Saya masuk jam 11.00 pagi memang ambil pakej urutan kaki sahaja, tapi dia ada tambahan sikit urutan bahu...
Selama satu jam lebih sikit...
Awal-awal saya dah cakap saya nak perempuan yang urut..
Amoi tu macam terkejut..
haishh keje gila agaknya nak lelaki yang urut..memang saya tak naklah..
So dia pun telefon pekerja dia, Dan pekerjanya turut dari tingkat atas..
So saya pun dibawa ke satu bilik, rupanya ada disediakan bilik-bilik khas siap ada TV lagi...
Sambil pekerja tu mengurut, mula la nak berborak dengan dia..huhuhu..malangnya dia orang Thailand..cakap English pun tak berapa faham...
Tapi servis dia memang terbaik...Ya Allah hilang stress bila diurut macam tu..


So lain Kali mungkin nak pergi lagi tapi nak pergi untuk urut badan je...
Cuma tak bestnya pekerja lelaki dia tiba-tiba pula masuk tadi..sibuk je..
Entah apa agaknya dibisingkan..
Oklah..reward for me untuk bulan ini..
Sekarang ni tengah nak survey pusat gim or fitness centre untuk habiskan masa setiap Kali hantar kakak ke kelas mewarna..
Tu semua antara azam saya tahun ni..
So wish me chaiyok2...chaiyok2 ek..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!