Indahnya dunia kalau..

Indahnya dunia kalau apa yang kita nak kita akan dapat...
Tapi ianya tak semudah itu kalau kita tak usaha untuk dapatkannya..pasti akan ada cabaran..

Indahnya dunia kalau..kita hidup dikelilingi oleh semua orang baik sahaja..
Tetapi realitinya tidak begitu sebab sejak Adam dilahirkan lagi syaitan Dah berjanji akan menyesatkan manusia...sebab itu adanya orang baik Dan adanya orang jahat...

Indahnya dunia juga kalau...apa yang kita rancangkan menjadi seperti yang kita harapkan..
Tetapi ianya tidak berlaku seperti itu sebab Tuhan akan menguji sejauh mana keimanan Dan kesabaran kita dalam menghadapi dugaan..

Dan indahnya dunia kan kalau kita hidup dilimpahi dengan kasih sayang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain...
Tetapi realitinya kita tidak boleh tamak sebab apa yang jadi milik kita itu hanyalah bersifat sementara..tiada yang kekal abadi..jadi sayanglah dengan berpada pada sahaja..

Sungguh indah juga dunia ini jika semua orang dapat memahami keadaan antara satu sama lain tanpa perlu membuatkan orang lain terasa hati..
Tetapi ianya tidak semudah yang disangka sebab realitinya sahaja lelaki Dan perempuan telah diciptakan berbeza-beza dengan tujuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

Dunia turut terasa indah kalau semua orang boleh menurut arahan tanpa perlu paksaan atau sebarang ugutan kerana mereka tahu tentang erti tanggungjawab..
Tetapi ianya tetap tidak boleh berlaku begitu kerana masing masing ada ego sendiri...

Memang realitinya bukan seindah impian...
Tetapi untuk menjadikan indahnya realiti itu semuanya bermula dengan impian..
Impian..??
Sesuatu yang semua orang mesti ada...
Me??
Hanya satu fokus sahaja sekarang..
Let me do it..just for me..
sesuatu yang patut buat dari dulu lagi...
Wish me luck and stay strong ek..
Aaminn..




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!