She is my "new soulmate"

salam dan selamat pagi semua...
bertemu kembali dalam laman blogger...
walaupun rasa macam dah kekok pula nak menulis blog..
tetapi.....tidak...
OMG...saya kena kuatkan semangat untuk berblog...
sebab inilah salah satu cara saya untuk menghilangkan tekanan..
Alhamdulillah..saya telah kembali bekerja...
dan tanggungjawab sebagai seorang ibu semakin berat dan mencabar..
sebabnya...??
dah bertambah zuriat dan permata hati yang harus dijaga sebaik mungkin
sebab ianya adalah amanah Allah...
dan kalau diberikan pilihan saya akan memilih untuk duduk di rumah dan membesarkan anak-anak saya sendiri disebabkan ingin melihat mereka menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...aminn....
tetapi apakan daya tanggungjawab lain juga saya harus pikul...
iaitu sebagai seorang anak, belum terbalas lagi jasa saya kepada mereka dan saya harus berbakti kepada mereka selagi mereka masih hidup ...
dan sebagai seorang isteri yang turut membantu dalam mengurangkan beban ekonomi suami...
dalam keadaan sekarang ini memerlukan kos sara hidup yang agak tinggi...
walau apapun selagi saya mempunyai masa, akan saya usahakan untuk habiskan masa bersama mereka...
okeyy...bercerita tentang my "new Soulmate"....
dialah penghibur hati saya yang terbaru..penawar duka saya...syurga baru saya..
boleh dikatakan hari-hari saya rindukan bau syurga itu...
Ya Allah baru saya sedar nikmatnya bau baby ni...
kalau boleh tak nak bagi dia besar sebab nak cium bau syurga itu setiap hati tetapi mana mungkin kan....hahaha...
ini lah permata hati saya...setelah melalui kepayahan selama 9 bulan 10 hari...akhirnya dia lahir melihat dunia ini dengan selamatnya...Alhamdulillah.


memang betul cakap orang apabila kita melalui kesukaran semasa dalam proses kehamilan, apabila proses kelahiran ianya akan dipermudahkan...dan itulah yang berlaku pada saya...
segala kesukaran dan kesusahan yang dialami semasa kandungan yang kedua, saya telah dibalas dengan mudahnya melahirkan "soulmate" saya ni...
hanya 4 jam berada di labour room, saya selamat melahirkan "dia" dalam keadaan normal...kuasa Tuhan kan....
dan saya tidak melalui pengalaman untuk di 'induce" memandangkan "dia" keluar tepat pada masanya...
18 Mei 2014 jam 11.36 pagi lahirlah....
Nuwairah (api kecil yang bercahaya dan membakar)
Husna (yang baik/yang indah/yang cantik) ...
ke dunia....

seorang lagi anak perempuan....hmmm...belum rezeki saya untuk dikurniakan anak lelaki kan...
insyaAllah kena usaha lebih lagi nampaknya...lagi 3 @ 4 tahun kot...
oklah...nampaknya dah banyak nukilan saya ni...
nanti ada masa kita sambung lagi ek...


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!