Home School???apakah dia?

Berjumpa lagi kita di laman ini....
Semoga diberikan kesihatan yang baik pada hari ini ye...amin...
Sejak mempunyai anak yang semakin membesar ni,dan sejak saya dan suami mula memikirkan untuk menghantar kakak Syirah ke alam persekolahan tahun depan, saya dah mula meng'google' pasal 'home school'...hehehe...
sebenarnya dah lama terbaca dekat majalah Pa & Ma tetapi keinginan tu membuak-buak sejak dua menjak ni...
ini juga kerana saya lihat anak saya telah mula menunjukkan perkembangan yang tidak sihat...
contohnya dia asyik hendak bermain game di galaxy tab, atau handphone...
dan suka menonton Cd kartun atau apa-apa cerita ...
kalau ada pun aktiviti dia yang lain,bermain masak-masak...macam juga kanak-kanak lain...
ataupun membaca buku yang ada gambar sayur dan buah-buahan yang saya belikan..itu pun tak sampai
10 minit...buku-buku angka dan mengenal huruf jawi yang lain tu dia kurang berminat...
so...sekarang la waktunya saya harus bertindak...
dengan cara 'home school' ni saya lihat aktiviti yang dilakukan nampak agak menarik....

tetapi saya juga ada azam yang harus saya capai dulu sebelum menghantar kakak ke sekolah...
iaitu mengajarnya untuk ke tandas...dan tidak lagi memakai pampers....
owhhh tidak...kuatkanlah semangatku...dari sehari ke sehari saya mencuba tetapi tidak berjaya disebabkan sikap malas saya ni...huhu...
okeyyy...okeyyy...wish me luck...chaiyok2 mama...
so nantikan lah cerita saya akan datang tentang home school ni ek...



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!