KEBAHAGIAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN??



Hari ini mood nak bercerita tentang sesuatu yang  memerlukan pemikiran yang agak mendalam...
Cerita yang setiap orang mungkin mempunyai 1001 kisah...
Apabila kita sudah melayari alam rumahtangga, banyak perkara yang harus difikirkan...
baik isteri mahu pun suami,masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan yang harus dipikul termasuklah memikirkan bagaimana cara  untuk memantapkan lagi keutuhan sebuah rumahtangga
baik dari segi ekonomi, mahupun berfikir tentang masa depan anak-anak...
dan di sinilah semuanya itu memerlukan perancangan...
dan dari perancangan tersebut sudah semestinya bermatlamatkan untuk kebahagiaan sekeluarga..
tetapi fahamkah kita tentang erti kebahagiaan yang sebenarnya..
kebanyakan kita mungkin mempunyai tafsiran masing-masing tentang maksud 'bahagia'.
boleh rujuk entry saya yang lepas tentang apa itu bahagia..
klik di sini
Dan betul ke untuk mendapatkan kebahagiaan itu memerlukan kita untuk melakukan sebuah pengorbanan???
Siapakah yang harus berkorban??
isteri??
suami??
anak-anak?(fahamkah mereka ini tentang erti pengorbanan)..
tetapi sebolehnya dielakkan agar jangan sampai ada yang terkorban terutama sekali anak-anak...
ini kerana mereka adalah amanah yang harus dijaga dengan baik oleh Allah S.W.T...
melihat mereka membesar di hadapan mata kita sendiri adalah satu saat yang sangat berharga yang tidak akan dapat diputar kembali masa itu....ingatlah!!ini juga ingatan untuk saya..(>_<)

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!