RAYA KAMI TAHUN INI!!

Mungkin agak kedengaran dah basi sikit entry ni kan...
tapi nak juga 'share' disebabkan sebagai kenangan dan tatapan untuk generasi saya akan datang..
bulan Syawal telah pun berlalu...sekarang sedang menunggu untuk kedatangan bulan Zulkaedah pula...
walaupun saya sempat habis berpantang sebelum ketibaan Ramadhan, dan memang berazam untuk menghabiskan  puasa selama sebulan...tetapi malangnya saya didatangi "bendera merah" pada hari keempat berpuasa...cepat betul "period" saya sampai kan...belum masuk 2 bulan lagi..huhuhu..suburnya saya..
dan memang saya tidak bernasib baik kerana tidak dapat mencapai azam tersebut...
pada mulanya saya ingat dengan berpuasa ianya tidak akan memberikan keasan pada penyusuan bayi saya...jika saya amalkan pemakanan yang seimbang...
tetapi sangkaan saya salah...
patutlah wanita yang menyusukan anak dibolehkan untuk tidak berpuasa...dengan syarat diwajibkan qada'..
apa pun pengalaman "breastfeed" kali ini memang agak mencabar dan menghadapi pelbagai dugaan buat saya..nanti saya kongsikan ye..
okey...
marilah kita tengok gambara raya yang tak seberapa ni..




gambar yang menjadi sejarah buat en husband sebab pertama kali dapat bergambar bersama pelakon gitu..



tema tahun ni agak kelam kabut sikit dan warna pun tak berapa 'matching' terutama papa dengan heronya...itu pun puas juga saya ke hulu ke hilir mencari baju mereka..maklumlah beli baju dah siap dan tahun ni memang persiapan baju untuk mereka berdua ni memang agak tidak memuaskan hati saya...huhu..sedih jugak..



papa dan 'mem'nya...hehe...



permata hati kami...tengok tu si kecik tu pun pakai baju kurung tau...

tahun ini giliran hari raya pertama di rumah keluarga saya,tetapi memang tidak berapa meriah sangat disebabkan rumah  ibu bapa saya sedang di renovasi walaupun dah dekat sebulan berjalan masih belum siap sepenuhnya....tetapi sekarang telah siap...tu yang tidak sabar untuk pulang ke kampung raya qurban nanti..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!