Cabaran Breastfeeding Saya!!

Good Morning uoollss..
hari ini saya menunaikan janji untuk berkongsi pengalaman breastfeed saya pada kali ini..
mula-mula kita cerita pasal cabaran dulu ek...
ini kerana disebabkan cabaran a.k.a masalah inilah menyebabkan turunnya motivasi saya untuk breastfeed my baby...huhuhu..sedih gak..
selepas discharge dari hospital sebaik selamat melahirkan, saya balik ke rumah "mum in law" untuk berpantang 2 minggu di sana....
dalam 14 hari di rumah MIL, saya hanya berjaya membuat stok EBM sebanyak 12 botol sahaja...huhu sedihkan...andaikan dalam sehari 1 botol saja stok EBM saya..
ini kerana hari ketiga selepas melahirkan barulah susu saya keluar...kesian dekat baby saya...
oklah...selepas berpantang di rumah MIL, saya balik ke rumah emak saya sendiri...
bersemangat waja saya untuk breastfeed kali ini sehingga kan sanggup membelikan freezer untuk emak saya bagi kemudahan saya menyimpan stok EBM agar lebih tahan lama...di sinilah bermula cabaran saya..

-bayangkan freezer saya beli yang dihantar oleh kedai barangan elektrik tersebut tidak boleh    
berfungsi...uoolllss...sangat hampa tau..bila on plug freezer tersebut, dah beberapa jam freezer masih
tidak menjalankan fungsinya (tidak sejuk langsung)...selepas itu bila dihubungi balik kedai tersebut
mereka melambatkan proses penukaran freezer yang lain atas alasan menunggu penghantarn barang lain
ke tempat yang satu jalan dengan rumah saya ( ye la kan saya duduk dekat kampung
hulu..huhuhu)..dekat 2 minggu jugak saya harus menunggu...so dekat sini saya telah mula turun motivasi         untuk membuat stok EBM...daripada 100 % semangat tu dah jadi 40 %...

-sifat malas juga adalah salah satu punca menyebabkan saya kurang membuat stok EBM...bayangkan
uoollss nak membuat satu sesi pengepaman susu tersebut memang memerlukan komitmen yang sangat
tinggi dan juga menuntut kesabaran yang tinggi juga...hahaha...itu yang saya tiada..memang sifat
MALAS saya sangat berleluasa sewaktu dalam pantang...

dan kesannya bila masuk bulan Ramadhan, susu saya mula berkurangan (mungkin juga disebabkan saya
berpuasa)...masa itulah saya baru gelabah dan risau tahap gaban...hahaha...dan mula menyibukkan diri meng'google' cara-cara nak banyakkan susu (milk booster)...dan hasilnya Alhamdulillah memang memuaskan....antara yang saya amalkan ialah:

        1) Minum susu Marigold HL yang diblend bersama dengan kurma..
        2) Minum air halba (halba dicampur dengan air kemudian direbus)
        3) Pastikan minum air 3 liter sehari (ini yang paling mudah)
        4) Banyakkan makan sayuran hijau (sawi,bayam dll)

Alhamdulillah walaupun stok EBM saya tidak banyak (hanya cukup untuk bekalan harian bekerja), tetapi sudah masuk 4 bulan saya berjaya menyusukan my soulmate "NUWAIRAH HUSNA"...
itulah sedikit perkongsian pengalaman breastfeed kali ini...lagi 2 bulan saya perlu menamatkan cabaran breastfeed untuk jangka masa pendek (6 bulan)...jika berjaya, saya perlu gandakan usaha untuk capai sehingga 9 bulan...wish me luck okeyy...(^_^)


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!