Kunci segala masalah.. DIA.. (CTOS)

Hampir sebulan yang lalu saya sering dibayangi dengan kesukaran dan keperitan..
Gara-gara saya pernah menjadi penjamin kepada seseorang.. Dan apabila beliau tidak membayar pinjaman kenderaannya , saya juga terjejas sama..
Itu cerita 10 tahun yang lampau..
Dan baru-baru ini apabila segala loan saya dengan bank telah selesai,  dan  saya juga mula berfikir untuk membuat komitmen baru,  masalah ini terus menghantui saya..
Untuk berhubung semula dengan beliau adalah tidak mungkin kerana saya tidak ingin mencipta masalah baru..
Pelbagai andaian negatif dan bisikan jahat yang datang kepada saya apabila terlalu memikirkan masalh ini..
Ya Allah.. Ampunkan hambaMu ini..

Saya start meng'google' sehinggalah saya menemui bagaimana untuk mengetahui status kredit atau hutang saya dengan menemui laman web..

www.ctos.com.my

Alhamdulillah..
Apabila segala masalah yang kita hadapi kita harapkan Allah sebagai tempat sandaran,  segalanya Allah permudahkan..
.
senang saja...buat akaun dalam laman web tersebut..
setiap kali kita nak masuk kita perlu log in..
dan kalau kita perlukan lebih detail tentang status kredit kita, diminta untuk membayar RM20.00 sahaja..
.
Saya telah bebas dari bebanan sebagai penjamin, mungkin juga kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya..
.
Segala urusan saya berhubung pinjaman baru berjLan dengan lancar..
InshaAllah kami sekeluarga akan duduk di rumah sendiri walaupun bukan rumah yang besar.. Syukur..
Allah kunci segala masalah..
Mungkin juga berkat doa kakak Insyirah dan adik Husna..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!