Throwback..Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort

Dah dekat 2 minggu berlalu kami pergi menghabiskan masa cuti sempena cuti hari Malaysia...
baru hari ni nak update cerita...
tak apalah janji saya dapat share kan kepada semua pengalaman di Lotus Desaru Beach Resort..
ok lah..kalau nak tahu sebenarnya percutian ni tak dirancang...
seleasai buat celebration kecil-kecilan di rumah sempena birthday mak dan abah..
esoknya saya terfikir seperti mahu bawa mereka pergi bercuti....
yelah..tak pernah lagi rasanya mereka bermalam jauh sedikit melainkan tahun lepas kami bercuti di Felda Residence Tanjung Leman....
so saya pun sibuk mencari tempat percutian yang taklah jauh mana..
makanya desaru menjadi pilihan...
so cari dekat booking.com...
Alhamdulillah ada kekosongan untuk bilik di Lotus Desaru...
so saya pun booking untuk 2 bilik....
selama 2 malam....
satu malam harganya lebih kurang.Rm600.00++...
percuma untuk 4 orang breakfast....
sampai di sana untuk check in..lebih kurang jam 3...
kena bayar deposit RM 250.00 dan bayar full sekali untuk penginapan 3 hari 2 malam tersubut...
so jumlah keseluruhan lebih kurang RM1,650.00++...
memang terlalu ramai sangat orang..yela kan sebab hari cuti....
ok...jom lihat bilik..

satu bilik yang dilengkapi dengan 2 single bed...untuk mak dan abah serta adik saya...


satu lagi bilik dilengkapi queen size bed..untuk kami 4 orang anak beranak...

ada dua bilik air...setiap bilik ada bilik air...
dan ada kemudahan peti sejuk serta microwave.....

oklah..not bad.....



selfie je kerjanya....



hahahaha......


tengok tu..anak dara ni pun dah pandai nak bermonopod...


seronok betul kan....


amboii...budak kerinting ni pun sama jugak....






kakak and adik...layankan je laa...


wooowoooo.....







benda ni yang paling excited sangat semua orang tunggu....puas rasanya dapat kena air yang ditumpahkan oleh kelapa tu..



kami.......


suasah nak ajak bergambar bila dah dalam air budak-budak 2 orang ni....


peace......

so sebagai kesimpulannya memang terbaik....

tetapi nasihat saya...kepada ibu bapa yang nak bawa anak-anak mandi di waterparknya tu...janganlah terlalu lama....anak-anak kami dalam sejam setengah je mandi...tu pun dua kali je....
yang lebihnya tu kami suruh mandi di bath tub dalam bilik....
sebabnya malam kedua tu kakak dan adik muntah-muntah tak henti-henti sampai ke pagi...
esok juga lepas check out kami bawa mereka ke klinik...
kesian...mungkin sebab kandungan klorin dalam air tu yang mereka alah..
demam juga kedua-duanya...
mujur selepas ke klinik ambil ubat..sehari selepas itu mereka beransur pulih...
itu sahaja perkongsian dari saya...







Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!