#kamibersamamusafieyilias

Assalam..
Selamat malam dunia..
Hai blogger @ silent reader juga..
Lamanya saya rasa tak menaip entry yang panjang..
Yupp... Sebab kesibukan nak memulakan sesuatu membataskan segalanya...
Nanti saya akan kongsikn ye..
Malam ni nampaknya terasa nak berkongsi tentang sesuatu..
Ingat tak saya pernah kongsikan cerita tentang hijrah seorang pondan... A. K. A @safieyilias.. Safiudin Ilias..
Saya juga pernah share tentang testimoni produk keluarannya yang saya gunakan iaitu Perlaking...
Produk yang saya tidak pernah tahu kewujudannya sehinggalah saya terbacakn kisah penghijrahan beliau yang di 'share' oleh rakan fb di wallnya..
Dan sejak itu saya menjadi followernya baik di fb mahupun di ig..
Kerana mahu mengikuti kisah penghijrahan yang banyak mendapat sokongan tak kurang kritikan dari masyarakat..
Dan hari ini saya sangat terkejut apabila terbaca post berkenaan dirinya yang dah kembali menjadi pondan.. Allahu..
Sesungguhnya memang benar Allah yang berkuasa membolak balikkan hati manusia..
Mungkin ini juga ujian buatnya yang katanya sudah tidak tahan dengan kata-kata nista manusia..
Sabarlah wahai Safiudin Ilias..
Sungguhpun saya tidak mengenali kamu hatta tak pernah berjumpa sekalipun.. Begitu ramai sebenarnya manusia yang sentiasa mendoakan kamu... Jika dibandingkan manusia yang suka mengeji dan berhasad dengki..
Keluarga masih menyayangi kamu dan sesungguhnya yang lebih menyayangi kamu adalah Dia.. Allah tempat kamu bermohon..
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu agar terus istiqamah,  dan hindarkanlah kami dari terus menjadi hakim untuk menghukum sesama manusia.. Aaminn..

P/s:niat saya hanya untuk berkongsi sesuatu yang pernah menjadi pembakar semangat saya suatu ketika dahulu.. Even hingga kini,
bukan untuk mengaibkan..tetapi renunglah dari dasar hati dan fikiran yang rasional..  Jika rajin visit lah ig beliau or fb beliau sendiri..
Doakan yang terbaik untuk dia..

#prayforsafiey
#orangyangbanyakdiampunkanolehAllahadalahorangyangselalumemaafkankesalahanoranglain




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!