Mandi manda di TS Indoor Waterpark


Dah dua hari baru dapat update cerita tentang ni...
Al-maklumlah kesibukan yang melampau...
Chewaahhh....
Ok lah....ceritanya begini....
Disebabkan En Husband pun balik lagi minggu lepas, so dapatlah habiskan masa dengan membawa anak-anak ke luar berjalan-jalan...
tetapi kali ni Along dan Angah tak dapat nak join kerana mereka berada di rumah mama mereka, jadi Abang jer yang ada...
Kami decide untuk ke TS Indoor Waterpark di taman Kota Masai, Pasir Gudang...
Sebab apa saya suka ke Inddor waterpark, kerana tak perlu bimbang cuaca panas atau hujan kita boleh mandi-manda sampai tak ada had masa...
so rasa macam tak rugilah bayar mahal-mahal, disebabkan cuaca hujan dah tak dapat naik mandi manda...risau demam plulak kalau kena hujan....
Jam 10.30 pagi kami bertolak dari rumah...
disebabkan tak pernah pergi, makanya kami pun menggunakan En. "WAZE"....

Nampak tak terpancar kegembiraan anak-anak kami tu....
Kami sampai jam 12.15 tengahari...
Bayaran masuk RM 25.00 per entry...
(walaupun sebelum pergi saya dah google bayaran masuknya RM 20.00 (untuk 2 jam) plus RM5.00 kalau nak main playground di tingkat 3 tu...dan tambahan RM0.15 sen perminit untuk jam berikutnya....
tetapi akhirnya memang kena bayar RM25.00 je, mandilah sampai kecut...
ni adalah gambaran di pintu masuk.......ada tiga tingkat sebenarnya...
inilah antara slide-slide yang ada....untuk meluncur..kakak Syirah hanya berani naik yang warna kuning tu jer...mama dan papa dah cuba ketiga-tiga sekali...paling best yang warna hijau...sebab meluncur dengan laju sekali even kita orang dewasa...

Masing-masing tunggu giliran... 

Antara slide yang ada di tingkat 3.....

playground di first floor...

playground atas air di Tingkat 2..

ini adalah playground tanpa ada air.....terletak di tingkat 3....kalau anak-anak takut air bolehlah bermain di sini....

Tempat yang memang disukai anak-anak kecil.. 

Dah berani budak adik menggelungsur sendiri.. 

Me and En.  Husband.. 
siap ada jentera nak bermain lagi....

Nampak kan si kecik tu buat macam mainan kat rumah dia pulak.. 




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!