Rombongan Cik Kiah Ke Utara

Hohohoho...
Ni sebenarnya cerita seminggu yang lalu...
Rombongan kami ke utara sempena menghadiri majlis perkahwinan 2 orang staf..
Di Merbok, Kedah dan Bota, Perak...
Persediaan telah dibuat dengan mendapat kelulusan sebuah bas dan penginapan di Pusat Latihan AADK...tetapi malangnya last minute ramai pulak yang cancel..
atas faktor keluarga..emergency dan sebagainya.....
sedih juga tetapi kami tetap juga teruskan rombongan tersebut walaupun penumpangnya hanya 13 orang...
Alhamdulillah...perjalanan kami bertolak jam 9.30 malam (khamis) dan tiba di Pusat Latihan lebih kurang jam 8.00 pagi (Jumaat)....
So perjalanan untuk Hari Jumaat lebih kepada santai dengan kami bergerak ke Padang Besar untuk shopping....
Memang best laa sebab banyak boleh beli cuma sediakan ongkosnya sahaja...hehehehe...
Dan pada Hari Sabtu barulah kami ke Majlis perkahwinan Pn. Nor Azlina dan En. Abu Dzar...
Apa-apa pun Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali...


Kami menjadi rombongan pulak di sebelah pihak Pn. Azlina....memang tepat-tepat sampai pengantin nak berarak...


Semoga berbahagia hingga ke syurga untuk anda berdua.....(saya nampak gemuknya kan...hahaha)



Kami lah tetamu paling lambat datang ke majlis En. Abu ni...semua tetamu dah balik...jam 4.00 lebih baru sampai...memang agak mencabar perjalanan ke rumah En. Abu ni...apa pun Tahniah dan selamat semuanya....

Terima Kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan rombongan Cik Kiah ni....hehehehe..


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!