Ampunkan dosa mereka Ya Allah....!!!!

Salam semua....hari ini dah masuk hari ke 5 dalam bulan April...
rasanya masa cepat berlalu...dan usia mama juga sudah meningkat ke satu angka....
harapan semoga peningkatan usia ini juga memberikan seribu kerahmatan dalam kehidupan yang bakal ditempuhi sekiranya masih diberikan peluang oleh Allah...aminn...
hmm.....sepnjang bertugas dalam bidang ini,pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah mama lalui....
tetapi banyak kenangan yang mampu menginsafkan jiwa,yang melihat betapa kematian sungguh hampir mendekati mereka.....
Ya Allah mungkin terlalu banyak dosa yang telah mereka lakukan sehingga pengakhiran hujung nyawa mereka kau akhiri dengan begitu menyayat hati sekali.....
Dosa mereka pada keluarga...
Dosa Pada Ayah dan Ibu....sehingga sanggup mereka menyumpah ibu sendiri hanya kerana tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka....
Dosa pada isteri dan anak-anak.....yang sepatutnya mereka lah pemimpin serta ketua dalam keluarga....
Dosa pada saudara mara......mungkin terlalu banyak perkara yang dilakukan menimbulkan kemarahan dan mengguris perasaan orang-orang di sekeliling mereka....
semua hanya kerana racun itu...yang telah menguasai seluruh kehidupan mereka.....
yang membuatkan mereka tidak kenal diri mereka sendiri...hatta...semua orang yang berada di sekeliling mereka....itulah DADAH....
apepun semoga tidak semua pengakhiran hidup mereka itu dalam Suul Khatimah.....kerana pasti ada keampunan dariMu Ya Allah andai mereka sudah bertaubat dan benar insaf untuk mati dalam Husnul Khatimah.....Aminn.....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!