Pengorbanan Dalam Hidup...Berbaloikah???

 Salam dan selamat petang duhai dunia....

Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat hidup, masih boleh bernafas...

Dan rasa syukur itu perlu sentiasa ada disebabkan pelbagai nikmat yang Allah dah bagi...termasuklah nikmat kesihatan, nikmat masih mempunyai kedua ibu dan bapa...nikmat mampu  ketawa dan pergi mencari rezeki...itu semua nikmat kan...bukan semata-mata nikmat dan rezeki itu dalam bentuk wang atau duit......Alhamdulillah...

.

Hidup ini memang sentiasa ada ujian untuk kita....Walaupun kita manusia biasa, miskin atau kaya, orang soleh atau yang amalnya biasa saja, semuanya tidak terlepas dari mendapat sebarang ujian dari Allah.

.

Pernah tak dalam hidup kita berkorban...??Kalau cerita tentang pengorbanan, mungkin banyak orang berfikir adakah selama ini kita banyak berkorban untuk diri kita sendiri atau berkorban untuk orang lain...

.

Kalau cerita tentang pengorbanan mungkin ...sukar untuk dijelaskan...

.

Ada orang yang terpaksa mengikat perut untuk sesuap nasi..itu dikira pengorbanan kan...

Ada orang yang sanggup berhabis duit demi untuk keselesaan hidup dan kebahagiaan orang disekelilingnya....

Ada orang yang terpaksa meninggalkan anak isteri untuk mencari rezeki......

Ada orang juga yang terpaksa memilih kerja yang bergaji kecil semata-mata tidak mahu berjauhan atau meninggalkan keluarganya...

Ada orang terpaksa mengenepikan emosi sendiri demi menjaga hati dan perasaan orang lain...dikira pengorbanan ke tu???hmmm......😐

Tetapi sejauh mana rasa pengorbanan itu berbaloi???

Adakah apa yang dikorbankan itu mendapat imbalan yang setimpal....

.

Sebenarnya marilah kita berbalik kepada tujuan kita diciptakan di atas muka bumi...

Apapun yang kita lakukan, INGAT jangan sesekali kita lupa semua yang kita buat adalah untuk mendapat REDHA ALLAH....kalau kita buat untuk dapat penghargaan manusia, kita silap....

Sebab Allah dah kata....manusia ini cepat berubah....hati manusia mudah berbolak balik...dan Allah lah Tuhan yang Maha membolak balikkan hati itu...jadi kesimpulannya apa pun yang kita buat hari ini semuanya kena bersandarkan atas redha Allah...untuk DIA....

.

Dan percayalah bila kita buat untuk DIA, Allah tidak akan sesekali mengecewakan kita...Itu yang saya belajar hari demi hari....

So berpada-padalah dalam melakukan sesuatu, bukan sebab untuk mendapat penghargaan atau disayangi mahupun diingati oleh manusia, tetapi yang lebih penting adalah untuk DIA yang satu...

.

...to be continue......





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!