Mencari Sesuatu....?

Dalam keheningan subuh..

Terjaga Aku dari Lena...

Mata tidak mampu dipejam lagi...

Mungkin ini petanda...

Petanda Dia memanggilku...

Dia mahu aku berbicara denganNya...

Sejak dua menjak perasaan jadi tidak enak...

Terasa seperti ada sesuatu yang kurang...

Ya, Aku tahu Tuhan sedang mengujiku..

Tuhan mahu aku kembali kepadaNya...

Sedih dan gundah gulana sering menyapa...

Tidak tahu sebab dan punca...

Mungkin juga terkenang dosa lalu..

Atau mungkin itu satu petanda...

Dia mahu aku terus bersandar kepadaNya...

Seringkali Aku lalai dan alpa...

Dia Tuhan Yang Maha Segala-galanya..

Dialah sebaik-baik perancang..

Dialah yang lebih tahu Apa yang terbaik untuk hambaNya...

Tuhan, Aku tidak mahu memohon apa lagi...

Yang Ku pinta hanyalah berilah aku kemudahan dan kesabaran dalam melayari perjalanan ini...

Aku mahu terus menjadi hambaMu yang bersyukur...

Yang tidak akan mempersoalkan apa lagi yang telah Kau aturkan untukku..

I know You Are The Best Planner..Tq Allah..





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!