homeschooling..mari bermain tanah liat..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah....
sudah masuk bulan Rejab kita kan...dah lebih separuh bulan...
tak lama lagi bulan Syaaban...
dan kemudian datanglah Ramadhan...
walaupun mungkin tahun ini sambutan dan pelaksanaannya memang akan berbeza seperti sebelum-sebelum ini...
apa pun saya berharap sangat agar ianya bukan penghalang untuk saya laluinya dengan penuh keberkatan...aaminn..
oklah...sejak kebelakangan ini, keadaan dan situasi saya agak sibuk yang terlampau-lampau...
memandangkan dua minggu kebelakangan ini, anak-anak buah banyak yang bercuti dan menghadiri kursus, maka sebagai ketua saya memang tidak dapat bercuti dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja-kerja mereka...
memang berbezakan, kalau dahulu memegang jawatan bukan sebagai ketua, kita melakukan kerja kita sendiri tanpa perlu memikirkan tentang tanggungjawab lain, tetapi bila dah jadi ketua ni,saya tidak boleh syok sendiri....
kerja saya perlu  dibuat dan kerja-kerja kakitangan di bawah seliaan saya juga haruslah dipantau agar semuanya dapat berjalan dengan baik dan fungsi sebenar unit saya itu dapat dijalankan dalam apa jua keadaan sekalipun....
ok...berhenti cerita pasal kerja...

hari ini nak share serba sedikit aktiviti kami anak-beranak sepanjang hujung minggu yang lalu...
sebenarnya saya lebih untuk mengajar kakak  untuk mengenal warna, itu sebab saya belikan tanah liat yang pelbagai warna...
ini kerana kakak sudah dapat mengenal huruf dan angka sepenuhnya...Alhamdulillah...
jadi saya harus memikirkan kaedah lain untuk memastikan kakak dapat mengenal huruf jawi, dapat membaca, serta menulis.....
tapi yang paling penting si kecik adik tu pun tak ketinggalan nak tumpang sekaki...
apa lagi mengacau la...

so...let see what we have done....

yang cantik-cantik tu hasil bantuan mama...hehehe...


hmm...habit si kakak ni memeng apa-apa kerja dia suka duduk kat atas meja..


tekan jangan tak tekan.......


kena simpan semua peralatan tu dalam tupperware besar bagi mengelakkan  ianya hilang dan bersepah-sepah...


kakak yang sedang gigih menekan/mencetak huruf...



cantik kan......papa....



hahaha...nampak tak...si kecik tu cuba sedaya upaya untuk mengacau..



eeeiii...saya kena juga dapatkan benda tu (adik tak berjaya nampaknya)


tengok tu...gigihnya menepek tanah liat tu...



Yeyeye...lagi 8 hari saya nak sambut birthday tau...



senyum lebar kakak bila disuruh bergambar.....



Duhai permata hati mama....semoga menjadi anak-anak yang solehah...berjaya di dunia dan akhirat...aaminn....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!