Dugaan BulaN Mac

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...
Hai uollss...Sejuk rasa cuaca pagi ni kan...
mungkin kesan daripada hujan yang berterusan pada hari semalam..
Alhamdulillah...Tuhan dah makbulkan doa hamba-hambanya yang mohon diturunkan hujan dek kerana tak tahan dengan kepanasan yang melampau..
Apapun...dah dekat setengah bulan untuk bulan Mac ni...
banyak sungguh dugaan..ujian..
.iaitu ujian anak-anak sakit...
mula-mula si adik...baru sebulan baik demam dah demam balik...
nasib baik dua hari dah okey....
kemudian si kakak pulak berjangkit...asalnya taklah demam...
cuma muntah-muntah kat taska...cikgu Dayang telefon suruh ambil sebab dia dah melepek...
tak sedap juga rasa hati ni...
yela kan ibu mana yang sanggup tengok bila anak tak sihat....
maka telefon atoknya untuk ambil di taska...
sampai di rumah muntah-muntah lagi...
maka atoknya ambil langkah bawa ke klinik, bila telefon Abah nak tanya keadaannnya, masa di klinik nak bercakap dengan kakak kat telefon,dia menangis jer...
mula la rasa sebak dan tak keruan bila dengar tangisan si kakak ni...huhuhu..
so kesudahannya terpaksa la minta halfday dengan bos dan siap mohon cuti 2 hari untuk jaga anak...begitulah saya kan...seorang ibu...
tanpa suami di sisi...
walaupun ada orang tua yang boleh membantu tapi saya tak nak lepas tangan....
mereka dah penat dan bersusah payah jaga kita dahulu dan saya tak nak bebankan mereka lagi dengan jaga cucu plak...
emak pun memang dah tak berapa sihat..
apapun hari ni dah naik kerja semula...
Alhamdulillah kedua-duanya dah beransur sihat...
so saya boleh kerja dengan hati yang tenang...
begitulah ujian dan cabaran buat saya sejak kebelakangan ni..
terpaksa menghabiskan banyak cuti pada bulan ini...
tapi itu tidak mengapa kerana....
" anak-anak adalah harta yang tidak ternilai harganya"...(>_<)










Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!