Selamat Hari Lanjut Usia Mr. husband..

Yuhoo...Assalam...
Entry pertama bulan April...
setelah agak lama menyepikan diri dari berblog..hahaha
Rasa agak tertekan sedikit sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan bebanan kerja yang agak melampau...chewwaahh..hehehe..
tak ada maknanya...
tetapi apabila kerja kita banyak  melibatkan pihak lain,masalah tidak dapat diselesaikan sepenuhnya sekiranya pihak terbabit tidak memberikan kerjasama kan...ok..stop...
tak nak cerita pasal kerja...
ok...nak cerita pasal peristiwa yang berlaku semalam...
minggu lepas en husband ada balik....pada awalnya dia cakap nak balik naik bas,tapi macamana agaknya last minute dia bagi tahu balik naik kereta...
mungkin kesian kan saya untuk mengambilnya agak jauh di larkin @ Kulai...
so far tak pernah saya ke larkin lagi....
so....bila dia balik, maka saya kenalah buat sedikit persiapan.....
hahaha...persiapan apa tu??
persiapan untuk meraikan Hari Lahir beliau yang dah pun berlalu seminggu yang lepas..
bila dah berjauhan begini barulah terasa agak sedih bila tiba hari-hari istimewa dalam hidup kami sekeluarga, kami tak dapat meraikannya bersama melainkan kena postpone....huhuhu...
apa pun....yang penting dapat raikan bersama-sama walaupun agak tidak lengkap  tanpa kehadiran Angah dan Abang disebabkan mereka tidak dapat balik bersama En Husband kerana bersekolah...

Selamat Hari Lahir  Papa...
Semoga berkekalan ke Syurga rumahtangga yang kita bina...
dan semoga dimurahkan rezeki serta menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk mama dan anak-anak...Luv U Forever and Ever....




















Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!