Bakso oo bakso...

Salam jumaat..semoga diberikan keberkatan dan seribu rahmat dalam menjalani kehidupan seharian pada hari ini... hari ini nak berkongsi sedikit pengalaman memasak bakso...saya ni memang suka makan makanan yang berkuah seperti sup... kalau makan kat kedai sekalipun, dari rumah dah plan nak makan ape,tapi bila sampai jer....sup campur atau pun tomyam yang menjadi pilihan saya... tak tahu la kenapa ekk... jadi hari selasa yang lepas,bila nak balik tu rasa cam malas nak masak lauk gara2 lauk semalam yang dimasak tidak habis kerana hanya encik husband dan saya jer yang makan...so saya pun tiba2 teringin nak makan bakso tapi xreti nak masak...so cari lah resepinya di internet... nampak simple tapi tetap juga cuba nak buat.... bila tengok bahan-bahan di resepinya tu tak lah susah sangat...cuma yang susah nak cari kicap ABC untuk buat sambalnya tu.... kicap tu xde tapi ABC saus manis...warnanya pun cam kicap..hentam saja lah... so....masak punya masak...dapatlah hasilnya.... taraaa.......



 photo bakso.jpg


 bila dimakan, hmm...boleh la tahan kan...en husband pun kata ok...sedap dimakan bila panas... so....disini....saya nak kongsikan resepi bakso itu....

• Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) -- saya pakai mee kuning sebab tu yang ada kat rumah--- • Taugeh • Kobis dihiris halus • *UTK BEBOLA ----- yang ni beli yang dah siap sebab tak confident nak buat lagi----- • 400 gm daging cincang • 2 biji bawang merah diracik halus • 2 biji bawang putih diracik halus • 2 sb telur (1/2 biji) • 1 sk tepung ubi / tepung jagung • sedikit serbuk lada sulah n garam • *UTK KUAH • 3 biji bawang merah dihiris • * 3 ulas bawang putih • *1/2 inci halia • *1sk lada sulah biji • 1 batang serai diketuk • 1 sb pati daging / pati ayam • sedikit serbuk lada sulah • garam n perasa

 Cara-cara 1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai. 2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa. 3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola 4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. 5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.... (ni lah yang susah nak cari...hehehehe)

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!