Hijrah Lagi Selepas 7 Tahun 9 bulan...

 Lamanya tak update post kan....

.

Rasanya baru post kedua bagi tahun 2022...

.

Tak apalah kita utamakan apa yang penting dahulu daripada blog ni yee...

.

So hari ini, hari sedih yang akhirnya berlaku juga dalam hidup saya....

.

Hari terpaksa meninggalkan kerja yang memang sudah sebati dalam jiwa saya...

.

Kerja yang saya mohon dari Allah 18 tahun yang lalu selepas grad...

Doa yang saya pohon, "Jika kerja ini baik untuk saya, agama saya dan bangsa saya, maka berikanlah aku rezeki dapat kerja ni...."

.

dan Akhirnya Allah balas doa saya....selepas 18 tahun 5 bulan...saya perlu hijrah....

Pemulihan di institusi yang sudah sebati dalam jiwa saya...

pelbagai masalah hidup manusia saya dengar...

pelbagai ragam manusia yang saya kena hadap...

Tahun lepas dan tahun ini adalah kemuncaknya apabila berhadapan dengan dengan masalah mereka yang serba sedikit menjejaskan kerjaya saya...

mungkin Allah dengar keluhan saya hingga terasa macam nak give up... 

Makanya keluarlah surat arahan pertukaran pada hujung bulan Ogos.. 

yang memang saya tak pernah jangka secepat ini...tapi bila dapat tahu..saya seperti tiada rasa apa...redha mungkin pada waktu itu...

Mungkin dah tiba masanya saya bertukar skop kerja...

cabaran baru mula menanti... pengorbanan yang terpaksa dilakukan..lebih banyak mungkin...

so wish me luck selepas ini...

Makanya setiap hari saya pergi kerja, saya akan berdoa Allah permudahkan urusan kerja saya dan orang di sekeliling saya, Allah ikhlaskan saya dan beri pahala atas pekerjaan yang saya lakukan..

.

dan akhirnya saya tak minta banyak, hanya doa dan kata-kata semangat dari semua semoga Allah permudahkan perjalanan kehidupan saya selepas ini...

.

dan mungkin satu hari nanti saya akan balik semula ke institusi.... "Allah has a better plan" kan...


somehow mereka memerhati , melihat dan menilai setiap tindakan kita...😊




dan kata-kata semangat dari mereka yang akan menguatkan saya..💪💪

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!