Perginya seorang ayah....

Semalam dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan yang agak lama saya tidak berjumpa dengannya..
sejak berpindah ke tempat kerja baru hampir 2 tahun memang susah nak berjumpa...
jika dahulu semasa duduk di Bukit Gambir, walaupun jarang berjumpa tetapi kerap juga terserempak beliau mahupun isterinya menaiki kereta memandangkan memang mereka sudah menetap di situ....
tetapi sekarang hanya dapat melihat aktiviti beliau di facebook yang banyak berkisar tentang kerjayanya..
.
sekejap sahaja mendapat berita beliau koma di ICU di Hospital Muar daripada rakan sepejabat semasa dalam mesyuarat pagi semalam, lebih kurang sejam selepas itu saya dikejutkan dengan pemergiannya menghadap pencipta dengan meninggalkan isteri bersama 4 orang anaknya....
teringat kali terakhir bercakap dengannya semasa terserempak dia dan isterinya membawa anaknya yang ketiga (lelaki yang sebaya dengan anak sulung saya 5 tahun usianya sekarang),membuat pemeriksaan rutin tak silap sewaktu itu usia kakak Syirah 2 tahun...
.
Pernah bekerja bersama dengannya semasa saya awal-awal bertukar ke Muar...
dalam 2 tahun rasanya selepas itu dia mendapat rezeki dinaikkan pangkat dan bertukar ke tempat lain...
Saya akui memang dia seorang yang banyak membantu memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama dalam berhadapan dengan manusia yang bermasalah..
mungkin disebabkan pengalamannya juga dan rasa tanggungjawabnya sebagai kakitangan yang senior..
.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah..terutama isteri yang selepas ini harus memikul tanggungjawab dalam membesarkan dan mendidik keempat-empat anak mereka..
Semoga roh Allahyarham En. Mohd Saifi bin Othman ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..Aminn...
Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat pinjaman bagi kita umat manusia..
Peringatan untuk saya semoga terus istiqamah sebagai hambaNYa..


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!