Innalillahiwaiinnalillahiraaji'un..

DaripadaNya kita datang...
dan kepadaNya jua kita kembali...
Hari ni sepatutnya saya masih bercuti..
tetapi kerana ada satu kes kematian yang melibatkan klien saya, makanya tanggungjawab terhadap kerja perlu diutamakan..
tambahan pula klien saya ini tiada nombor telefon waris untuk dihubungi...
makanya tugas itu saya perlu selesaikan dengan kadar segera...
seorang klien yang dah berusia 52 tahun..
satu-satunya klien saya yang paling berusia, dan tiada banyak karenah..mungkin juga kerana faktor usianya dan dia sudah tidak mahu menyusahkan sesiapa...
jam 3.13 pagi whatsapp dihantar kepada saya memaklumkan tentang kematiannya..
malangnya kerana handphone dalam mode silent, panggilan juga  berkali-kali dibuat sejak jam 4.00 pagi tidak saya dengar...
hanya selepas jam 7.30 pagi baru saya melihat handphone, dan barulah berita itu saya terima..
Allahu Akbar...
sehari sebelum itu saya dimaklumkan dia dimasukkan kehospital..jam lebih kurang 6.00 petang..
terlalu singkat masa itu...ya Tuhan yang maha berkuasa...
ajal tidak akan menunggu walau sesaat pun..
Apapun semuanya dipermudahkan Allah untuk menjejaki warisnya berkat pertolongan dari IPD Ampang...
keluarga juga sangat senang berurusan dengan mereka walaupun rupanya klien merupakan anak angkat sahaja, ibu dan bapanya masih ada tetapi mereka seperti tidak mahu ambil tahu...
terima kasih kepada Allah yang mempermudahkan segalanya untuk saya..
cuma isteri sahaja yang tidak tahu lagi memandangkan telah balik ke Indonesia, tetapi keluarga berjanji akan memaklumkannya nanti..
Jenazah telah dibawa balik ke Ampang jam 4.30 petang tadi oleh kakak dan anak saudaranya...
semoga roh pakcik Yusoff tenang di alam sana..
Al-Fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!