Jaga ikhtilat

Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita, terlalu banyak perkara yang perlu kita jaga...
Ya untuk mencapai syurga yang hakiki, harga maruah seorang wanita memang mahal harganya...
Dari segi pakaian, aurat, pergaulan, dan semuanya memang harus dijaga sebaik-baiknya...Kalau pun pergaulan yang jadi penyebab seseorang wanita menjadi ahli neraka, memang sepatutnya itulah yang perlu dijaga...
Tetapi itu semua bergantung kepada siapa yang menjadi imam kepada wanita tersebut...adakah seorang imam yang penuh ilmu agama di dada....yang sentiasa mengingatkan bidadari syurganya tentang pentingnya menjaga akhlak Dan tingkahlaku...
Nampak macam susah, ditambah dengan pergaulan seharian lagi-lagi kalau isteri seorang yang bekerja...Dan tambahan pula bekerja di persekitaran yang kebanyakannya adalah kaum lelaki...
Ya, saya sangat tabik dengan kamu duhai wanita yang begitu menjaga ikhtilat dalam mengejar syurga yang hakiki ditambah dengan bonus mempunyai suami seorang yang punyai ilmu agama...
Berjuanglah Dan hargailah apa yang kamu miliki itu...
Kerana itulah tiket untuk kamu ke syurga..
Saya juga sedang berusaha untuk ke arah itu...doakan untuk saya ya...

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!