Pedih tapi itulah hakikatnya...

Kesimpulan yang mampu saya buat sepanjang 9 bulan berada di persekitaran baru..
1) kuasa bos adalah paling Tinggi..wpun keputusan yang dibuat salah tetapi ' boss always right'
2) kuasa seniority mengatasi segalanya walau pun pangkat kita lebih Tinggi dari mereka
3) jangan paksa orang untuk berubah kerana hanya merekalah yang mampu mengubah diri sendiri
4) manusia sering rasa tidak puas hati jika melihat orang lain lebih dari mereka..
5) kalau anda kaki bodek masa depan anda pasti cerah walaupun anda bukan buat kerja pun
6) hubungan berlainan jantina tetap sering disalaherti walaupun atas dasar kerja Dan membantu dalam aspek kerjaya
7) jangan buat keputusan sendiri kalau anda sendiri tidak yakin
8) jangan terlalu baik membantu meringankan kerja orang lain tetapi hakikatnya anda yang akan terbeban
9) kerja lebih tak nak,tapi cakap berapi-api...habuk pun tak ada..
10) menyembunyikan kesalahan bukan menyelesaikan masalah, tetapi sebaliknya masalah akan berlarutan sampai bila-bila.






Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!