Percutian yang Ditaja.!!

Chewahh...tajuk entry tak boleh blahh...
hehehe...takde la ditaja sangat...
cuma penginapan yang ditaja...plus makan malam dan breakfast...
tahun ni memang company husband murah hati asyik ajak family bercuti je...
nak tahu kami ke mana??
tempat yang sama...iaitu Gold Coast Morib Resort...
cuma bezanya dulu kami ke sini cuma dapat mandi-manda di theme park tapi tak dapat stay di resort nya gara-gara pergi main redah jer, of course la full booked...dah tu pulak masa Krismas kan..
tapi kali ni kami dapat stay kat sini...cuma tak berapa seronok sebab Along and Angah tak dapat join disebabkan percutian ni dilakukan pada Sabtu dan Ahad...Ahad kan hari persekolahan di Johor,maka mereka tak dapat join memandangkan Angah ada peperiksaan dan Along berada Di Penang untuk karnival sukan peringkat kebangsaan..
ok...memang penginapannya agak selesa...
untuk kami 5 beranak ni...satu bilik ada dua katil..so apartment tu ada dua bilik...
cuma kami dapat apartment yang paling belakang laa..
so...view pun tak cantik..cuma bersebelahan dengan pantai..dapat la tengok laut...

ni lah bilik yang kami menginap...



amboii...tengok laa si kecik tu...hari pertama mandi siap boleh tertidur lagi....mengantuk sangat tu..
gambar yang ni hari kedua,nampak cam happy dapat main air...



snap picture lepas breakfast...
aksi si kakak yang mandi tak ingat betul nak balik..memang lasak anak dara aku ni...

gambar hujung kecik tu masa balik singgah beli sotong dan udang goreng celup tepung...rangup dan sedap...yang best nya air jagung dia...terbaikkk tu....


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!