Mengajar Anak sejak dari kecil kan...??!!

Salam semua.. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas oleh Allah di Syawal yang ke 26 ini... rasanya dah lama tak update blog...sejak dua menjak ni terlalu sibuk dan penat dalam menjalani urusan harian...sehingga mood untuk update blog pun hilang bagaikan ditiup angin...chewahhh... Apa pun hidup tetap masih diteruskan.... hari ini nak berkongsi sedikit tentang perkembangan anak yang semakin membesar ini...memang betul la anak ini umpama racun dan penawar... kalau penat balik dari kerja bila lihat dia dan layan karenah dia, hilang terus rasa penat tu... tapi bila datang mood merajuk dia tu,kadang-kadang sangat menguji kesabaran kita..cuma selalu berpesan pada diri.. kalau anak kita degil atau buat perangai, cuba lihat semula bagaimana hubungan kita dengan Allah...(kata-kata yang saya petik dari Prof Dr. Muhaya) Alhamdulillah, lebih kurang sebulan je lagi, NUR HANNA INSYIRAH akan masuk ke usia 2 tahun... tapi yang amat mama bersyukur apabila dia dah pandai bercakap...bila nak masuk rumah bagi salam...walaupun dengan bahasa dia yang agak pelat tu..sampaikan nak masuk tandas pun nak bagi salam....setiap kali menerima pemberian dari orang lain dia akan cakap "terima kasih"... kadang-kadang yang kelakarnya bila dia bagi barang dekat orang pun dia cakap "terima kasih"....dan membalas "sama-sama"...dan paling mama suka sangat dia pandai mengira dari nombr satu hingga sepuluh...dan sekarang mama sedang berusaha untuk mengajar alif ba ta untuk syirah dengan harapan dia dapat hafal semua tu dan boleh menyebutnya semula... SEBeNARNYA SAMbil MENGAJAR TU MAMA BUAT DENGAN CARA MENYANYI DENGAN DIA...JADI MEMANG CEPAT DIA INGAT...KALAU MENGIRA TU,RUMAH KAMI ADA TANGGA...MEMANG SETIAP KALI NAIK TANGGA, KAMI AKAN MENGIRA BERSAMA-SAMA...ITU SEBAB DIA CEPAT HAFAL.. so harap2 lepas ni mama dapat mengajar dia pelbagai lagi ilmu yang berguna untuk si kecil ni...sekian untuk perkongsian hari ini...ada masa update lagi...seronoknya jadi ibu kan...  photo zura.jpg

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!