DaripadaNya kita datang... dan kepadaNya jua kita kembali... Hari ni sepatutnya saya masih bercuti.. tetapi kerana ada satu kes kematian yang melibatkan klien saya, makanya tanggungjawab terhadap kerja perlu diutamakan.. tambahan pula klien saya ini tiada nombor telefon waris untuk dihubungi... makanya tugas itu saya perlu selesaikan dengan kadar segera... seorang klien yang dah berusia 52 tahun.. satu-satunya klien saya yang paling berusia, dan tiada banyak karenah..mungkin juga kerana faktor usianya dan dia sudah tidak mahu menyusahkan sesiapa... jam 3.13 pagi whatsapp dihantar kepada saya memaklumkan tentang kematiannya.. malangnya kerana handphone dalam mode silent, panggilan juga berkali-kali dibuat sejak jam 4.00 pagi tidak saya dengar... hanya selepas jam 7.30 pagi baru saya melihat handphone, dan barulah berita itu saya terima.. Allahu Akbar... sehari sebelum itu saya dimaklumkan dia dimasukkan kehospital..jam lebih kurang 6.00 petang.. terlalu singkat masa it...