Puding Roti Marble..

Sebenarnya dah 3 kali saya buat puding ni..
First time buat masa jamuan di pejabat..
Second time pulak semasa kenduri menyambut puasa baru-baru ni...
dan lagi sekali semasa jamuan bacaan Yaasin di pejabat...
Senang je sebenarnya..
cuma kena pandai agak sukatannya..
so...Jom...kita memasak Puding Roti Marble..

Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar-agar/sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko/coklat emulco/apa-apa je pewarna yang kita suka (merah/hijau)
.
Cara Membuat:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko atau choc emulco. Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dengan sesudu air panas, jadikan pes agar tidak berbiji-biji.
5. Ambil sesenduk adunan warna putih dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih tadi.
6. Biarkan puding gerak sendri ke tepi, tidak perlu ratakan atau kacau. Ulang semula dan buat sehingga habis.
7. Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana agar-agar cepat membeku. Bila sudah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!