Posts

Selamat Hari Lahir Boyfriend

Image
Semalam adalah 17 Mei 2021... . Masih ingat lagi tepat jam 4.00 pagi pada tarikh 18 Mei 2019 lahirlah seorang khalifah.... Masa ini kesakitannya hanya Allah yang tahu...sangat luar biasa hinggakan selepas melahirkan dalam labour room tu saya dah wassap husband bagi tahu cukuplah ini kali terakhir saya melahirkan....kesakitannya melebihi semasa melahirkan dua orang kakaknya ... Bayangkan selepas Isyak saya mula merasai kontraksi, dan tak pernah rasa kontraksi itu melibatkan sakit pinggang sehingga saya tak boleh nak duduk....punyalah saya tawaf satu wad bersalin menahan kesakitan...jam 12 saya dihantar ke labour room...bayangkan hampir empat jam menahan kesakitan...itulah pengalaman pertama melahirkan anak lelaki yang hingga sekarang saya masih teringat akan kesakitan itu....masa tu teringat kata-kata seorang kawan mengatakan lahirkan anak lelaki memang lagi sakit dari anak perempuan... . Memang Allah dah takdirkan anak ini nak lahir sehari sebelum tarikh lahir kakak Husna...so senang k...

Itulah Saya, Kadangkala Membantu Tidak Kira Siapa

Image
 Cerita ini ingin saya kongsikan kerana sejak berhadapan dengan situasi ini, macam2 emosi yang saya alami... . Tapi syukurlah akhirnya bila klien ini sudah sudah bebas, episod emosi saya yang kacau bilau itu pun mula reda.... . Kisahnya bermula apabila sering membantu seorang klien ini dalam memudahkan urusannya, terutama berkaitan dengan keluarganya, dari mula print gambar isterinya, print gambar keluarganya, telefon keluarganya sehinggalah beberapa kali dia minta untuk dibelikan nasi lemak dan makan bersama rakannya. . Tetapi disebabkan klien ini sering bermain dengan emosi "touching dan sensitif" mungkin disebabkan anak bongsu gamaknya, so dia berharap semua keinginannya akan dipenuhi..termasuklah bila berurusan dengan saya. . beliau sangat bagus dalam melaksanakan kerjanya, cuma apabila selalu berurusan dengan saya kadang-kadang terasa berlebihan pula reaksinya...tiada rasa hormat kadangkala, dan sesuka hatinya menegur saya apabila ada kesilapan yang saya buat..itu yang m...

Kepulihan Sepanjang Hayat

Image
 Jarang saya share tentang pengalaman pekerjaan saya selama ini....tetapi kalau saya share mahu boleh buat satu buku gamaknya...hehehe... . tiba-tiba hari ini saya nak share tentang sesuatu...tentang bekas klien saya... . selalunya yang buat saya sangat touching bila berhubung dengan ibu klien-klien saya...yela saya juga seorang ibu, so saya tahu macamana rasa kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya..sejahat atau seburuk mana pun anaknya ibu tidak akan pernah membuang anak sendiri walaupun banyak airmata dah menitis disebabkan mereka... . so tergerak hati nak tanya khabar seorang klien, jadi saya pun wassap ibunya...untuk bertanyakan khabar... apabila ibunya memberitahu tentang perkembangan anaknya, memang saya sedikit kecewa, sebab hampir 9 bulan dibebaskan klien masih tidak bekerja, dan ibunya mengatakan klien seperti sudah kembali kepada perangai lama...hanya sekejap saja ok selepas dibebaskan... . ibunya terus memaklumkan kepada anaknya apabila saya ada bertanyakan khabar...

Salam Syawal PKP 2021

Image
Hai...selamat malam...apa khabar kawan-kawan semua...Ya Allah lama sungguh meninggalkan dunia blogger ni.... . Sibuk dengan kerja.....sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu.....dan ditambah dengan kepenatan dan kemalasan juga....hehehe... . Malam ni last berbuka puasa....dan esok menandakan syawal akan tiba......Tahun ni nampaknya sangat berbeza sambutan syawal kerana PKP yang telah diumumkan di seluruh negara disebabkan COVID 19... Tahun lepas juga sambutan Aidilfitri agak sayu disebabkan COVID 19 ni......cuma boleh juga rentas daerah tapi kali ini langsung tidak dibenarkan...makanya terpisahlah kami dengan tiga lagi anak-anak dara dan bujang kami yang kini berada di Muar. . Tahun ni juga kita digemparkan dengan serangan oleh Israel ke atas Palestin pada 26 Ramadhan yang menyebabkan saya terfikir apalah sangat dugaan tidak boleh beraya dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini...mereka bermandikan dengan peluru dan kanak-kanak serta wanita menjadi mangsa.. . . Semoga Kek...

Kurus Fit Online coaching

Image
Sejak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat ini, segala-galanya berubah dalam hidup saya... . . Dari segi aspek kesihatan, badan terasa ringan...tidak mudah mengantuk lagi-lagi selepas makan.. . Dari segi emosi, saya cuba berada dalam Fasa untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.... . . Saya juga dapat merasakan waktu tidur saya lebih berkualiti..... . . So let me introduce apa yang saya telah buat... . Sebenarnya dah lama decide untuk join satu program, yang mana program ini melibatkan bagaimana untuk menurunkan berat badan, so saya telah mula join pada awal Jun dan memang program ini dikenakan bayaran yang pada saya mampu untuk saya... . . Alhamdulillah siapa yang join, akan diberikan resepi hari-hari untuk pemakanan kita.... 5 kali makan dan senaman hanya kita sendiri yang kena buat. . . sebabnya untuk turun berat badan, kena jaga makan 80 % dan senaman hanya 20 %.... . . dan hasilnya saya turun 6 kilo dalam tempoh sebulan.....so sekarang dalam Fasa untuk mendapatkan ber...

PUJUKLAH HATI

Image
Alhamdulillah...Allah bagi nikmat untuk saya menikmati kehidupan hari ini . Syukur sangat disebabkan nikmat itu saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah di  muka bumi ini. . Sejak dua menjak ini semacam ada satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. . Sukar untuk diungkapkan kerana saya tidak tahu kenapa dan bagaimana ianya berlaku. . Tetapi setiap kali perasaan itu datang saya jadi tidak suka dan tidak enak. . . Wahai masalah, aku ada Allah....(selalunya kita menggunakan perkataan 'Ya Allah, aku ada masalah') . . Saya tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikan perasaan ini. . Tetapi apabila baca satu buku, saya mula merasakan apa yang Allah beri ini sebagai satu ujian. walaupun hanya melibatkan perasaan sahaja. . Apa yang saya harapkan hanyalah supaya perasaan itu Allah buang jauh-jauh dan saya hanya berharap dapat menjadi seorang ibu yang dikasihi dan disayangi oleh anak-anak. . Apa yang saya rasa saya perlu bua...

APABILA SESALAN BERTANDANG

HARI  INI CUACA SEAKAN MENGERTI . RASA SEDIH MENGHANTUI DIRI . TIDAK PASTI MENGAPA BEGINI . TETAPI MUNGKIN SESALAN SEMALAM MENGHANTUI DIRI . GAGALNYA MENGAWAL EMOSI . MENYEBABKAN AKU RASA BERSALAH DALAM DIRI. BERSALAH PADA INSAN ITU . YANG SELALU MENJADI MANGSA EMOSI KU . MAAFKAN LAH DIRI INI . MAAFKANLAH DIRIKU . BIMBANG AKAN MEMAKAN DIRI . KADANGKALA AKU SEPERTI HILANG KAWALAN DIRI . MUNGKIN LELAH DENGAN BEBAN YANG DIPIKUL . MUNGKIN KERANA TERLALU CUBA MENJADI SEMPURNA . TAPI ITU TIDAK MUNGKIN . KERANA DI DUNIA INI TIADA APA PUN YANG SEMPURNA . DUNIA HANYA PENTAS LAKONAN . APA YANG KITA LALUI  . TIDAK SAMA DENGAN APA YANG ORANG LAIN LALUI . HANYA PADA TUHAN KU SERAHKAN SEGALA . JANGAN PERNAH SEKALI LUPA TENTANG ITU . MUNGKIN PERLUNYA AKU BERHENTI REHAT SEKETIKA . BERHENTI DARIPADA MENGEJAR DUNIAWI . BERHENTI MENJADI PELAKON DALAM PENTAS DUNIA . MASANYA UNTUK BERBAKTI KEPADA INSAN-INSAN KERDIL ITU . MENCIPTA KENANGAN INDAH DENGAN MEREKA. . SEMOGA DUNIA KECIL MEREKA NANTI . AK...