Tambah Se 'angka' lagi!!

Alhamdulillah semalam genaplah usia saya ke 35 tahun ini... usia yang semakin menginjak dan bertambah seharusnya memberikan keinsafan kepada saya yang bila-bila masa sahaja saya akan pergi menghadap yang Maha Esa... tetapi persoalannya sudah cukupkah persediaan saya untuk ke sana?? kadang-kadang rasa keinsafan timbul dalam diri di sebabkan memikirkan selama ini usia saya dihabiskan ke mana.... adakah semata-mata untuk dunia....?? dan dah berapa banyak pula bekalan saya di akhirat sana....?? semoga saya sentiasa sedar akan perkara ini... . . Apapun terima kasih kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, sanak saudara bahkan sesiapa pun yang saya tidak kenali yang memberikan ucapan serta doa-doa yang baik untuk saya.. semoga Allah juga memberikan kebaikan untuk kamu semua...aaminnn... . . terima kasih kepada adik saya awin kerana tak pernah lupa belikan kek hari lahir untuk kakak dia ni... tengoklah siapa yang terlebih excited sangat ni...kakak...