Perginya seorang ayah....

Semalam dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan yang agak lama saya tidak berjumpa dengannya.. sejak berpindah ke tempat kerja baru hampir 2 tahun memang susah nak berjumpa... jika dahulu semasa duduk di Bukit Gambir, walaupun jarang berjumpa tetapi kerap juga terserempak beliau mahupun isterinya menaiki kereta memandangkan memang mereka sudah menetap di situ.... tetapi sekarang hanya dapat melihat aktiviti beliau di facebook yang banyak berkisar tentang kerjayanya.. . sekejap sahaja mendapat berita beliau koma di ICU di Hospital Muar daripada rakan sepejabat semasa dalam mesyuarat pagi semalam, lebih kurang sejam selepas itu saya dikejutkan dengan pemergiannya menghadap pencipta dengan meninggalkan isteri bersama 4 orang anaknya.... teringat kali terakhir bercakap dengannya semasa terserempak dia dan isterinya membawa anaknya yang ketiga (lelaki yang sebaya dengan anak sulung saya 5 tahun usianya sekarang),membuat pemeriksaan rutin tak silap sewaktu itu usia kakak Syira...