Dah dua hari baru dapat update cerita tentang ni... Al-maklumlah kesibukan yang melampau... Chewaahhh.... Ok lah....ceritanya begini.... Disebabkan En Husband pun balik lagi minggu lepas, so dapatlah habiskan masa dengan membawa anak-anak ke luar berjalan-jalan... tetapi kali ni Along dan Angah tak dapat nak join kerana mereka berada di rumah mama mereka, jadi Abang jer yang ada... Kami decide untuk ke TS Indoor Waterpark di taman Kota Masai, Pasir Gudang... Sebab apa saya suka ke Inddor waterpark, kerana tak perlu bimbang cuaca panas atau hujan kita boleh mandi-manda sampai tak ada had masa... so rasa macam tak rugilah bayar mahal-mahal, disebabkan cuaca hujan dah tak dapat naik mandi manda...risau demam plulak kalau kena hujan.... Jam 10.30 pagi kami bertolak dari rumah... disebabkan tak pernah pergi, makanya kami pun menggunakan En. "WAZE".... Nampak tak terpancar kegembiraan anak-anak kami tu.... Kami sampai jam 12.15 tengahari... Bayaran ...